Sunday, December 18, 2011

Muhasabah- Masa Silam Yang Kelam


     Bumi mana tidak ditimpa hujan. Manusia mana yang tidak pernah berdosa. Tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam, kita masih ada masa untuk jadikan hari ini dan masa depan lebih putih berseri tanpa noda dosa.
     Jika semala diari harian dan bulanan terpalit warna hitam maksiat, pastikan hari ini bangkit bertahajud merintih memohon keampunan daripada Ilahi. Jika dulu bergelumbang dengan dosa terasa manis dan bahagia, berpatah baliklah. Jadikan dosa kini terasa pahit dan punca sengsara. Jika zaman jahiliah akal terasa kosong daripada ilmu dan panduan untuk membezakan antara baik dan salah, binalah langkah hari ini untuk lebih dekat dengan risalah wahyu iaitu al-Quran dan hadis.
     Moga warna hitam yang kita corakkan dulu kini mampu kita lunturkan dan padamkan secara bertahap. Biar merangkak, biar bertatih asalkan jalan menuju Ilahi sentiasa maju kehadapan. Moga dengan itu kita menjadi insan terpilih untuk bahagia menikmati anugerah syurga abadi

(petikan dari majalah SOLUSI- Ustaz Mohammad Nidzam Abd. Kadir)

Wednesday, December 14, 2011

Dia & Masalah..

Sememangnya banyak  cara yang lebih baik untuk menangani semua masalah termasuk la yang berkaitan dengan emosi, hati dan perasaan. Paling kerap pada usia remaja ini ramai yang mengalami masalah dan selalunya ia berkaitan hati dan perasaan. Tanpa kita sedari..kadang-kadang kita terlalu banyak membuang masa dalam memikir dan mencari jalan untuk selesaikan masalah sendri mahupun masalah orang lain. Kadang-kadang, apabila terlalu banyak sangat memikir ia mendorong kepada kepenatan untuk otak berfikir..dan ini akan mempengaruhi setiap keputusan yang akan kita buat selepasnya. Bagi sesetengah orang, dia berasa dianya mampu untuk menghadpi dan menyelesaikan masalahnya sendiri. Ya, sememangnya terdapat golongan sebegini tapi kebanyakkannya akan menghadapi kebuntuan dipertengah jalan. Masalah sememangnya boleh diselesaikan namun harus kena dengan caranya. Bagi kebanyakan golongan remaja, mereka lebih terdorong mengikut kata hati dan perasaan pada ketika tertentu. Pada tahap ini...emosi remaja selalunya cepat mencapai tahap-tahap yang kadangkala melebihi yang sepatutnya. Apa yang sepatutnya. Saya sendiri masih mencari jawapan itu. Pada pandang peribadi, saya rasakan cara yang selalu berlaku apabila seseorang yang menghadapi masalah yang berkaitan emosi, hati dan perasaan, mereka pada mulanya akan berfikir penyelesaiannya. Ada kalanya masa yang diambil panjang, ada kalanya pendek. Bagi seseorang yang mempunyai ketahanan metal yang kuat dan bebekalkan keiman..selalunya ia bisa menghadapi. Tapi rata-rata remaja kini kurang ketahan dari sudu metal dan juga keimanan. Memikir sendirian masalah bukan tidak boleh mencari penyelesaiannya tapi ia akan memberi sedikit tekanan kerana kita berfikir sendirian. Bersambung.....

Wednesday, December 7, 2011

hemmm...???

Apa lagi yang tak kena,..apa lagi yang kena buat,..sampai bila…??? Saya piker, saya pun tahu apa yang piker..rasa macam nak stop kejap waktu kat cni..tggu sampai betul2 boleh pkir..baru on balik..haahahhahaaaa..teruknya macam nie…….:( kalau kita teruk..ada lagi yang teruk dari kita..ye saya tahu tu..tapi why..why..why..??? kalau semua kurang..apa yang lebih..? what I want to be..??
That way…or this way…….???

Tuesday, December 6, 2011

Kepastian penantian..


Saat mentari ingin melabuhkan tirainya..
Unggas-unggas terbang  pulang kesarangan..
Malam mula perciapkan diri…menanti waktu gilirangnya….
Saat ini, ingin sekali aku melihatnya…
Putara yang kian berganti..membuat keinginan kian meninggi..
Ku tahu bahasa hati ini..ku pasti akan rasa ini….
Dimana silapnya lagi..dimana lemahnya kuberdiri..
Mencari kepastian ingin dimiliki..menanti jawapan tersembunyi..
Jelaskanlah wahai mentari…bila waktunya  hari itu kan kau beri..
Saat damai betandang dihati..jiwa tenang kurasai….
Engkau mahu kumenanti…
Kala ini…jangan kelak kau khianati…
Damai ini…jangan pulak kau kucari…
Hati ini…tolonglah kau fahami……             

                                                                                                     26/11/2011- 6.20 petang /KSR H220

Tuesday, September 6, 2011

Bersua kembali..

Assalamualaikum.....SALAM LEBARAN buat semua yang berkunjung ke Teratak Bumi Aurora saya. lama jga rasa sya menyepi dari blog ini...rindu nk edit cite kat blog. sejak 2..3..4 menjak ni..sy kurang online sgt cos banyak malah teknikal yg xdpt d elakkan..antarnya..keja..malas..busy baca novel..n berokband digi bru g potong..slow sgt line dia kat kmpg. tapi semua 2 akan kmbli norma balik selepas ini insya Allah..sebut pasal novel..sy bru pas baca 3 novel bru..7 Hari Mencintaiku, Cinta Kontrak..n satu ag novel lupa plak tajuk dia..yg pasti semua novel nie amang TERBAIK!!! cite dia..tak rugi beli..skrg sy tgh buat model rumah. sja suka2..so..thu la bla nk siap coz bla free je buat. hop dpt siap sbelum dtg kesulitan lain kelak. sekian dulu wat masa nie...sekian..WASSALAM....

Monday, July 25, 2011

Hayat ini


Hayat ini...punya kisah suka dan duka
Hayat ini...punya senyum, tangis dan tawa
Hayat ini...punya cinta yang dirasa
Hayat ini...punya hati yang diluka dan terluka
Hayat ini...punya dosa yang terseksa
Hayat ini...punya jiwa yang meronta
Hayat ini...punya keinginan yang dicipta
Hayat ini...punya masa yang dipinta
Pinta hati pada jiwa...
Pinta jiwa yang sengsara...
Inginkan redha Tuhan yang esa...
Membuka jalan taubat hamba...
Merintis doa pengubat jiwa...
Kasih ILAHI...ingin dirasa...
Agar hidup bahagia dalam redhaNya....

Lembah aurora,
19/07/2011 (11.50 pagi)

Monday, July 18, 2011

Masak Tempoyak Patin Sg Muda


 Ikan Patin Sungai Muda

 Ikan patin nie abang Rie dapat semasa tahan pukat di sungai. Nie patin sungai MUDA..buban sungai PAHANG...lebih kurang dalam 7-8 kg besar nie. hari jumaat lepas dapat. dia dapat 2 ekor, pagi sekor nk petang sekor. nie yang yg ptang punya. besar ckit dari yang pagi. nie saya ukur dengan anak saudara yg umurny around 5 thn. ikan nie semuanya dia jual kat orang kmpung coz dalam famly xda yang minat sangat ikan nie..rugi2..untung abang..tpi sy try la amek ckit..nk try msak...huhuhuuu

Masak Tempoyak Ikan Patin

Okay....nie la hasil ikan patin yang sy ameh ckit untuk try wat masak tempoyak ikan patin...hehehe..ada rupa x..amek respi orang pahang nie..dari mak jang temerloh..rasa2 mcm ok je..lebih kurang mcm org pahang wat gak la...kira jadi la ye..boleh la lau nk cri org pahang pas nie..hihihi...melalut jap..tempoyak nie buat sendri..durian pokok kat umah da lebih ckit...mak pun rajin nk wat tempoyak coz ingat kat anak dia yg kat pahang 2 la..kpd abg Lan..nie masak adikmu yg asli tau..ikan freas ag..segar dari sungai..TERBAEKKK....;)

Tuesday, July 5, 2011

Punya Rasa Pada Saat dan Ketika

     Salah ke kalau kita impikan dan inginkan sesuatu yang baik..indah..dalam hidup kita. setiap orang pasti inginkan yang terbaik dalam hidupnya. tsk kira la dari segi pelajaran, kebendaan, pekerjaan dan kekeluargaan. pasti kalau boleh ianya yang terbaik. tapi..bukan semua manusia dapat menikmati semua itu kalau tanpa usaha. pasti kita akan usahanya sebab kita inginkannya..betul tak? kalau kita wat baik,,jadi baik ada juga yang akan pikir kita terlalu baik dan inginkan yg terbaik saja dalam semua hal. sampaikan ada yang takut mendekati kerana takut tak mampu penuhi dengan baik. rasa tak semua orang yang fanatik dgn keinginan yang baik2 semua hal. ya, mungkin ada tapi jangan kita terlalu menghukum hanya kerana kita rasa dia terlalu inginkan yg sempurna..pasti dia ni tak layan orang yang biasa2. bukan semua macam tu. keinginan yang baik itu perlu kerana ia sebahagia dari hidup kita. tapi, kita harus melihat dari aspek diri sendiri juga. siapa kita yang terlalu inginkan yg terbaik je..? apa tahap kita, pangkat kita yang nak memilih sangat..? sempurna ke kitavdan terbaik ke kita untuk memiliki yang terbaik itu?

    Dalam jodoh misalnya, pasti kita inginkan jodoh yang baik untuk kita. kalau perempuan pasti inginkan lelaki yang baik, penyayang, b'tanggungjawab untuk menjaganya. bergitu juga dengan lelaki, pasti inginkan wanita yang baik, sopan santun..beradap untk menjadi isterinya. keinginan setiap orang pasti ada untuk semua itu..tapi kita juga harus berfikir dengan sewaras-warasnya..sebijak-bijaknya..sebaik-baiknya.. Ya, dalam islam sendri ada menyebut "lelaki yang baik, untuk wanita yang baik" tapi jangan la kita berfikir..jika kita mendapat jodoh yang teruk atau tak baik..itu tidak semestinya kita orang yang teruk dan tak baik. mancapada kini, semua aspek itu harus dilihat dari sudut yang positif. setiap manusia dilahirkan dengan takdir yang  telah DIA tetapkan sejak azali. itu la qadak dan qadar kita. mungkin jika kita fikir kita seorang yang baik dan tiba-tiba kita mendapat jodoh yang kurang baik. kita harus berfikir sejenak, mungkinkah ini tugas kita yang DIA tetapkan..mendidik dan membimbing pasangan kita akan menjadi baik..di samping mendidik diri sendiri menerima keburukan untuk kebaikan..bukan semua yang baik itu indah dan manis..dan bukan semua yang teruk itu buruk dan suram..saya juga ingin mengingati diri sendiri..ya..memang sebolehnya saya inginkan yang terbaik untuk hidup saya..tapi tidak lah memilih terbaik semuanya.. "Kita insan biasa..punya keinginan rasa tapi harus berpijak pada bumi yang nyata..tidak semua keinginan menjadi nyata..terima suratan seadanya..kerana kita insan yang serupa...disisi-Nya yang esa..."

Tak tahu..

tak ada benda nk di luahkan bila berhadapan. tak ada pekara nk dibangkitkan bila berdekatan..tak ada wajah yang nk dipamerkan di bersemuka..tiapa ada rsa yg nk disampaikan bila kelihatan atau pun dalam bayangan

Thursday, June 30, 2011

Kek coklat tanpa kolestrol


Kek coklat tuk tahun nie. selalu tak da masa nk buat. asyik duk belajar jarang ada kat umah. so kemarin lepas jga hajat nk buat kek coklat...kali nie buat kek gna minyak 1 cwan..dgn minyak 1 cwn rsa mcm tinggi je kolestrol..tpi sy gna minyak xpa kolestrol..so selamat la ckit..kalau nk pkirkan kandung gula n lemak..amang xmkan la nanti..so kita lupakn jap hal2 2 semua..NIKMATI HIDANG SEADANYA...;)

Wednesday, June 15, 2011

Seperti apa...

kenapa harus di merumitkan cerita hidup pada waktu2 ini (remaja) atau sememangnya pada peringkat ini kehidupan akan menjadi smakin rumit. warna-warni cerita kehidupan sering mengunjungi kita sekian waktu, dan pintu hati serta fikiran akan terbuka menerimanya. menjadi tanggungjawap keatasnya bila kita membuat keputusan menerimanya. tapi...persoalannya, cerita yg bagaimana kita terima dan persediaan apa yg kita siapkan untuk hadapinya...? minda pada tahap mana yg perlu kita sediakan untuk hadapi setiap masalah ini..msalah yg sering dan sinonim dengan hidup remaja. (cinta, cita2, persahabatan, keseronokkan)....fasa remaja..merupakan fasa atau tahap yg paling genting dalam menentukan halatuju di hadapan...seumpama kita sedang memandu atau mengemudi layar..harus penuh berhati2 agar sampai di destinasi dengan sempurnanya...tpi..mana mungkin jalan semua lurus dan elok..di daratan mahupun di lautan. semuanya ada risikonya..risiko ini yg menjadi tunjang untuk nakhoda atau pemandunya merancang dan mempersiapkan diri untuk menghadapinya. begitu juga dalam kehidupan remaja menghadapi cinta, cita-cita, persahabat dan keseronokan..pastinya kita mempunyai target yg sama iaitu kecemerlangan yg nyata dan hakiki. tapi bukan semudah itu menggapainya..bkan hanya bicara dari mulut..keinginnan dari hati..tapi juga perbutan dari diri...

sambung selepas ini..

Friday, June 3, 2011

MUDA

Darah muda..pe lagi..malam masih muda, budak muda..kematangan yg muda....semua msih muda. Tiada yg tua..melainkan muda je..org muda...mst  cpt je dlm sgala hal..cepat pkir..cepat btindak..cept bgerak..cpt terasa..dan cpt juga nek darahnya..bila hati cpt je pkir..dn kdang2 pkiran 2 agak melulu..kputusan yg t'hasil akn mnjadi haru biru. tahap ini, golongan muda harus ada pendekatan yg positif,,yg lbih rasional dari emosional..masih d perlukan glongan tua yg lebih dewasa..tuk melihat diri yg masih blum bisa blari sendiri..perla ada yg memerhati agar dpt mengenalpasti kesalahan diri..dan peringati segala yg murni.

Tuesday, May 31, 2011

Masak campak2 je..

my diner..rsa malas nk mkn nasi..so try la wat pasta ckit. rsa nk mkn pasta yg xde sos tomato. lau bleh nk wat krime tpi xdan nk blajar ag wat sos krime tu. tengok dlm peti tu pun de ckit2 sayur campur yg nmpk sesuai je tuk pas nie. tanpa melengahkan ms yg ada...trus sja pisau dan papan syur ku lagukan mgikut rentakny..hehehee...masakan simple nk cepat...men campak2 je..then..siap..sedap dan mengenyangkn...itu la PASTA CAMPAK KU...sekian...;-)

Wednesday, May 25, 2011

Coretan aurora_cdam

1.30 p.m (rumah)
selasa 25/05/2011

Sudah beberapa hari hujan jadi tak jadi. kadang2 rasa panas sangat macam nak ujan. tapi x ujan pun. hari ni e akhirnya ujan turun dengan lebat..nyaman keadaan mcm nie. rasa tenang dan segar. suka aku mlihat daun2 dari pohon buang di halaman rumah segar hijau dibasihi ujan. melihat titisan air hujan yang menimpa dedaunan hijau, menbangkitkan suasana alam yang semulajadi. terasa seperti di satu desa terpencil yang nyaman dan indah. melihat butiran titisan ujan yang jatuh dari daun ke daun...mengimbaukan aku kembali ke zaman sekolah menengah. sewaktu aku di tingkatan 3, aku telah melukis satu lukisan tentang pergerakan air dimana aku melukis satu suasana air yang menitis dari daun. akhirnya lukisan itu membuatkan aku mendapat anugerah t'baik seni tingkatan 3 pda hari anugerah cemerlang sekolah. waktu tu aku memang suka dan minat gila melukis..tpi skarang sudah kurang n jarang.
fikiranku tenang. tenang menghirup udara segar dari pepohonan yang basah ditimpa dek ujan. kulihat ke laman rumah yang indah dihiasi pelbagai warna alam...membuat aku tersenyum riang melihat tanaman yg ku tanam tumbuh sihat dan segar. inilah hasilnya jika berbakti pada tanah. rumah menjadi indah, hati mnjadi tenang dan lapang..jiwa menyanyi riang ceria. hujan masih lebat dan aku masih leka melayan diri melihat ke halaman yang membuai jiwa. memang nyaman sekali waktu ini. terasa seperti tidak mahu gerak ke mana2.ingin saja ku duduk dibangku dan menatap lama lukisan alam yg mempersona.
memang melekakan. sehinggakan mak dan ayah panggil untuk makan tengahari pun aku tak dengar. nampaknya...aku makan berseorangan lah kejap agi. ok, sapai disini coretan auroraku..nak g makan nasi..bru teringat kat gulai daging dan rebung yang aku masak tadi..bru rsa lapar..k, pergi dulu..
GRACIAS............;)

Wednesday, May 18, 2011

Tamat sudah Kisahku D KRISM..

Akhirnya tamat sudah pengajian diplomaku di Kolej RISDA.Sekarang tggu nk konvo je la. bestny...:)
harap2 dapat la sambung stdy bulan 9 nie..huhuhu..tak nk tggu lama2, takut t beku otak nie..lepas nie tak tahu nk buat apa. nak kje trus ke..rest dlu ke...tapi dalam hati nie mcm xbsedia je ag nk bekerje..huaaa..nk watpe nie....????

Sunday, May 15, 2011

Sungai di Bawah Laut Adalah Bukti Kebenaran Al-Quran


Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut
“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” 
Q.S Al Furqan:53)


Sungai di Dasar Laut Merupakan Bukti Kebenaran Al Quran
Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.




Sungai di Dasar Laut Merupakan Bukti Kebenaran Al Quran
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam

 
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Thursday, May 12, 2011

Rasanya sekarang..

Assalamualaikum.........hmm...rasa mcm dah lama x tulis blog..seminggu dua nie cbuk dengan keja2 yg nk kna antar kat kolej t. Tapi semua dh hmpir siap just nk burn cd je tinggal. Selama diriku cbuk sminggu dua nie..rsa fikiran pun semakin crius..semakin jelas dgn setiap pekara yg dilakukan. Tapi..masih ada sedikit ruang yg ku tinggal untuk pekara lain. Pekara yang tak pasti akan kebenarannya..tapi masih ada keinginannya. Cuma bukan masanya. Kadang2 jadi rindu dgn suasana busy sewaktu di kolej dulu..rindu nk buat program, rindu dgn meting, rindu dgn gelagat kawan2..n rindu dgn PANGGILAN PAGI..pagi2 duduk di wakaf belakang hostel..rindu waktu 2. Kini masa samakin kedepan..keadaan semakin berubah..suasana semakin berbeza..hanya hati kekal yang sama tapi semakin matang dalam menghadapinya...fakus utama skrg U, yg lain harap2 seiring jua. Harapan dihati memang ada banyak pekara tpi lebihkan yg utama. Harap rasa yg dulu tidak berubah Cuma perlu lebih matang dan profesional dlm menghadapinya. Alangkah bagus jika semua seiring bersama. Cita2, kebahagiaan, pesahabatan, or pecintaan..huuuhuuu..pecintaan??? more mening with love...lupakan kejap..janji jangan ada kesedihan...thats it's..hop jgn dia terus diam k..mcm nie pun dh ok..tak ilang ditelingan walaupun tak nampak dipandangan..but still in mymind.

Thursday, April 21, 2011

PERJALANAN HIDUP


Hidup ini..jangan disempitkan fikirannya hanya pada satu arah. Jangan penuhinya dengan fikiran negatif melebihi positif. Ruang yang terbuka harus dilihat pada keseluruhannya, jangan hanya tumpu pada satu jalan, satu keinginan, satu pengharapan. Kini apabila diri dipersimpangan, harus kita ketahui kemana hala jalan dihadapan.  Ya, hanya satu jalan yang akan kita lalui...tapi bukan satu arah yang harus kita fokusnya. Satu jalan, bukan semua jalan hidup lurus dan mudah untuk kita lalui. Itulah liku-liku kehidupan. Satu jalan yang penuh cerita di sekelilingnya. Keluarga, kawan, cinta, kerjaya adalah ceritanya. Harus kita mengenalinya, merasainya dan melaluinya biarpun suka atau duka. Semakin kita berjalan kehadapan..semakin banyak cerita yang akan kita lihat dan melaluinya. Jangan kosongkan hati dan minda dari bekalan kekuatan diri, ketabahan diri, kecekalan diri, dan kematangan diri. Harus disertai semua itu kerana kita akan melalui  liku jalan yang tidak ketahui bila ketibaannya. Namun, jangan  sampai kita leka dan lupa akan dastinasi utama. Jadikan persinggahan perjalan itu satu dorongan, semangat, kekuatan dan kematang untuk menuju destinasi utama dihadapan kerana ia adalah sebahagian yang melengkapkan kehidupan insan dalam satu perjalanan. 

aurora_cdam
7.24 am (21 April 2011)

MAKAN MAKAN




my plate..nsi goreng udang

menu pilihan 
Menu pilihan makan malam saya semalam bersama kawan2 dan akak latihan industri. Nasi Goreng Udang dan Air Nescafe O ais. kita orang kuar diner kat luar semalam. tapi x jauh mana pun..belakang kuates je. Di KEDAI USOP MEE UDANG PULAU SAYAK. Makan malam ini ditaja sepenuhnya oleh akak Farhana. Thanks akak...;) .mudah-mudahan Allah murahkan lagi rezeki akak kelak.

ini pulak makan malam yang sebelumnya..sehari sebelum diner kat mee udang. Bubur Nasi Bujang..hehehe...special untuk saya coz rasa lapar sangat..nak beli malas coz penat keje.Plen mula2 nak buat nak masak soup cendawan yg dalam tin tu..tapi yang lain dh kenyang..so sy buat soup tu untuk sarapan pagi je la..yg tu sy msk sendiri. nak makan megi xlalu. So terpaksa la merapkan myfren Siti Fatimah tuk buatkan bubur nasi nie.  Only for me...coz yang lain dh makan petang so diorg dah kenyang. sy sorg je la makan...nampak simple..coz kita org guna bahan2 yang ada je...bujang la katakan..tapi sedap..THANKS Timah....for special diner..;)
bubur nasi bujang



Friday, April 15, 2011

Cinta Ke Syurga 

Renunglah ke mataku
Selami ke dasarnya
Pastikan kau temui
Sorotan kebenaran

Setiap baris kata
Kutuju kepadamu
Adalah lafaz setulusnya
Lahir dari jiwa

Dengarkanlah hatimu
Apa yang kau getarkan
Bisakah aku kau terima

Sedarilah sesungguh-sungguhnya
Fahamilah sedalam-dalamnya
Ada cinta yang di dunia
Membawa ke syurga

Maka aku setulus-tulusnya
Memintamu seikhlas-ikhlasnya
Terimalah ku seadanya
Ke dalam hidupmu

Renunglah ke mataku
Selami ke dasarnya
Pastikan kau temui
Sorotan kebenaran

Renunglah ke mataku
Pasti niat terlihat
Hasratku membina cinta denganmu

Benarkanlah kutemanimu
Mengharungi hidup bersama
Dan padaNya yang terEsa
Kita berserah

(by Hafiz Hamidun)

Sunday, April 10, 2011

Kultur Belangkas (Bhg 3)



Akhirnya, mimi-mimi sudah menetas. tapi belangkas ini masih belum aktif sepenuhnya dan masih ada yang belum menetas. Saya ada melakukan sedikit OPERATION ke atas beberapa biji telur yang masih belum menetas. Apa yang saya lakukan kepada telur-telur itu..???????????hehehee..;-) hanya mengnolongnya menetas dengan segera. Saya telah menetaskan dengan sediri menggunakan tuieze dengan memecahkan telurnya dan mengeluarkan baby belangkas dari kelongsongnya...Alhamdunillah...baby-baby tersebut lahir dengan selamatnya..dan hidup sehingga sekarang..untuk masa sekarang je la...kehadap saya tak tahu la macam mana..harap-harap hidup la...huhuhuhuuu..sekian dari saya..bye..bye..

Monday, March 28, 2011

Kultur Belangkas (Bhg 2)


hari nie adalah hari ke 20 telur belangkas ini di kultur, dah sudah mula ke lihatan embrio yang baru terbentuk. Hampir semua telur sudah bertukar menjadi embrio. Kalau ikut pemerhatian saya semalam, pergerakan embrio nie tidak nampak sangat. Tapi hari nie, sudah ada yang mula bergerak dan berpusing dalam telur dia. Sekarang, hanya tunggu masa untuk dia menetas keluar dari sarung telur dia je..sama-sama kita tunggu ye...will be waiting for the new baby...;)

Monday, March 21, 2011

Pengalaman baruku..(kultur telur belangkas)

Ini adalah telur belangkas yang saya kultur dalam hatceri udang saya. sebenarnya, ia atas arahan dari En.Badrul pegawai penyelidik krustasia. Kira saya tumpang buat dan belajar la sikit. Telur ini kami ambil di Pantai Merdeka sewaktu keluar mencari upun2-upun. Kebetulan En.Bad jumpa, dia suruh try kultur kat hatceri. Ini adalah telur yang telah di lepaskan belangkas di pantai, dalam pasir. Dia perlukan sekurang-kurangnya 42 hari untuk menetas. Kira dari hari yang kami ambil sehingga hari nie..baru 12 hari tak termasuk dari hari belangkas itu buang telurnya. Sekarang telur belangkas ini sedah ada perubahan dan menurut En.Bad, mungkin lagi seminggu kita akan nampak embrio dia. Tak sabar rasanya nak tengah hasilnya. Mudah-mudahan dia berjaya. Kalau berjaya, ini adalah kerjayaan yang hebat kerana buka ramai orang try tetaskan belangkas secara kultur dan menurut En.Bad lagi, projek menetaskan balangkas secara kultur ini penah dibuat oleh kawanya sewaktu ambil master.

Sedikit INFO

Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.
Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.
Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.
Peribahasa dalam masyarakat Melayu iaitu 'macam belangkas' bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja. Kita akan temui belangkas di laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina.


Nilai Perubatan

Darah berwarna biru dari belangkas berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor jika belangkas di perairan Sabah kerana saiz lebih besar. Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut.

Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988.

Sunday, March 20, 2011

Fenomena Aurora

Kejadian Aurora?

Jika dilihat dari segi Sains dan Teknologi, kejadian aurora biasanya berlaku di lapisan atmosfera yang dikenali sebagai ionosfera. Ionosfera terletak di lapisan termosfera bumi dengan ketinggiannya dari aras bumi amnya bermula dari 90 hingga 1000 kilometer dari aras bumi (lebih tinggi daripada penerbangan jet udara).


Zarah-zarah bercas dari sinar matahari yang lebih dikenali dengan angin suria bergerak pantas ke atmosfera bumi. Ia bergerak dengan kelajuan supersonic dari 300 ke 1000 km sesaat. Ia juga dikenali sebagai plasma kawasan angkasa bumi yang dikelilingi medan magnet dikenali sebagai magnetosfera. Kawasan ini akan berinteraksi dengan angin suria yang dipenuhi oleh zarah-zarah bercas tersebut.


Walau bagaimanapun, sebahagian besar bumi dilindungi zarah-zarah ini oleh medan magnet bumi kecuali di kawasan kutub, zarah-zarah ini bergerak hingga ke ruang atmosferanya. Angin suria ini sangat berkaitan dengan aktiviti matahari yang mempunyai kitaran setiap 11tahun.


Kehadiran tompok matahari dan nyalaan suria dan gangguan lain di matahari akan mempengaruhi angin suria ini. Zarah-zarah dengan tenaga tinggi ini, iaitu dari 1 hingga 100 kilo electron volt termendak dilapisan E atmosfera dan menghentam gas-gas di situ dan berlakunya pengionan (pembebasan electron dari atom dan molekul gas).


Tenaga yang tinggi terhasil daripada pengionan ini akan mengeluarkan cahaya. Kejadian ini boleh diandaikan seperti alur electron dari hujung tiub televisyen yang menghentam fostor di belakang dan menghasilkan cahaya yang boleh kita lihat di kaca televisyen.

KENAPAKAH KITA HANYA BOLEH MELIHAT AURORA DI LATITUD TINGGI ATAU DI KAWASAN KUTUB?

Untuk memahami kejadian ini, kita perlu memahami kewujudan medan magnet bumi (di magnetosfera). Garis-garis medan mengelilingi bumi seperti kehadiran bar magnet dwi kutub di dalamnya. Garis medan ini keluar dari bumi di hemisfera selatan dan masuk ke bumi di hemisfera utara.

Zarah-zarah tersebut akan bergerak dan terperangkap di medan magnet bumi ini. Zarah-zarah ini akan mengalami satu daya yang dikenali sebagai daya Lorentz yang menyebabkannya berpiling disekeliling garis medan tersebut. Zarah-zarah bertenaga tinggi yang terperangkap di medan magnet ini akan mencorong ke bawah sama ada ke kutub selatan atau utara yang mana garis medan tersebut keluar dan masuk.


Oleh itu, kesan pengionan yang menghasilkan cahaya hanya boleh dilihat di kawasan latitude tinggi. Ia akan kelihatan seperti bentuk gegelang jika dilihat dari bahagian kutub yang dikenali sebagai auroral oval.

Aurora boleh dilihat dalam pelbagai warna seperti warna hijau, ungu dan merah kerana berasal dari atom dan molekul nitrogen dan oksigen di angkasa. Warna ini bergantung pada jenis atom dan molekul yang terlibat dalam proses pengionan tersebut

Friday, March 18, 2011

MENTARI SUCI……


Semenjak hati ini sepi..pelayarannya menjadi lali..
Lalu..ombak yang datang tidak di perduli..
Aku kemudi kapal tanpa henti..
Ku rempuhi lautan jiwa yang berduri..
Tapi masih tidakku tahu arah destinasi..
Sehingga ku temui cahaya mentari suci..
Saat itu baru ku sedari..hidup laluku tiada erti..
Kerna kapal yang ku kemudi tidak menjadi..
Sehingga ku temui cahaya mentari suci..
Tapi..aku masih sesali dengannya..
Kenapa aku nakhoda yang mengemudi kapal sepi itu..
Tanpa bekalan dan keperluan yang mencukupi..
Aku telah melayarinya dengan penyesalan sendiri..
Saat itu..baru hati ini mengerti…
Kapal hati jangan dibiar sepi..
Kelak ia hilang tak bererti..
Kerna lautan jiwa telah menengelaminya sendiri……..
Terima kasih mentari suci…
Dikau kembali saat aku hampir hingga memusnahkan diri
Kerna bagiku lautan jiwa sangat mengeruni…
Aku hampir lemas seorang diri….
Terima kasih mentari suci…………………….

Aurora_cdam                      
04/09/2010 – 5.36 ptg

Thursday, March 10, 2011

Lakaran Rahsia Hati...

Sesuatu Makna Dalam Kehidupan

Pernahkah aku menceritakan tentang bagaimana kita dibentuk kawan? Aku pikir tak harus ku ulang lagi cerita bagaimana kita diciptakan, pastinya kalian-kalian juga sudah khatam mendengarnya. Aku hanya mengambil sedikit makna di tiap kejadian dari mulai kita benar-benar dibentuk di kandung rahim sampai saat ini. Bagaimana kita merangkak, berdiri, mengalami pengalaman-pengalaman, mengalami cerita-cerita. Lalu tak henti-hentinya kita dihadapkan pada masalah-masalah, kejadian-kejadian. Dari semua itu kita mengalaminya secara unik-unik kawan. Kita mengalami semuanya berberbeza-beza.
Kadang aku juga merasakan jalan hidup yang kita tempuh ini tak adil kawan. Kenapa kita tak mengalami seperti mereka-mereka yang menurut gambaran pemikiran kita, “Hidup itu indah”. Tapi memang “hidup itu indah” kawan, hanya secarik kecil pemikiran kita yang membuat kita ciut, ’putus asa’. Kadang aku juga merasa iri pada tiap runut kejadian dulu-dulu itu. Merasa kita tak seperti orang-orang kebanyakan, ‘andai saja..’, ‘jikalau..’, banyak nian kata-kata pengandaian itu selalu terngiang ditempurung ini. Tapi kawan, jalan hidup kita-kita ini diciptakan Tuhan dengan sangat unik dan indah. Maka aku cuba untuk memulung disetiap detik kejadian menjadi sebuah bumbu penyedap. Maka apabila kita mendapati suatu masalah, ingatkan pada diri kita ini bahwasanya sudah berjuta-juta masalah yang kita jatuhkan, kita robohkan, kita tinggalkan masalah yang lalu-lalu dibelakang, sampai saat ini masih berdiri tersenyum.
Jadi, jangan katakan kita ini diciptakan tidak adil kawan, hanya waktu saja yang dapat menunjukkan tiap-tiap resultan dari semua yang telah kita lakukan ini. Karena di tiap jalan-jalan yang kita lalui adalah hasilan harmoni dari apa yang kita miliki dan apa yang kita pelajari, Inside and Outside.

Tuesday, March 8, 2011

JANGAN TERLALU BAIK,SAYA AKAN MERINDUI AWAK..

Malam tadi, sambil rehatkan diri sempat juga aku capai satu majalah yang baru saja aku beli. Majalah tu keluaran November 2008. Aku baca satu artikel… tiba-tiba aku tersenyum keseorangan.

Berikut antara petikan yang buatkan aku tersenyum. Aku terfikir, kenapakah aku tetiba tersenyum setelah membacanya…

“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”

“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”

“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”

“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”


(COPY ARTIKEL DARI FACEBOOK)