Hidup ini..jangan disempitkan fikirannya hanya pada satu arah. Jangan penuhinya dengan fikiran negatif melebihi positif. Ruang yang terbuka harus dilihat pada keseluruhannya, jangan hanya tumpu pada satu jalan, satu keinginan, satu pengharapan. Kini apabila diri dipersimpangan, harus kita ketahui kemana hala jalan dihadapan. Ya, hanya satu jalan yang akan kita lalui...tapi bukan satu arah yang harus kita fokusnya. Satu jalan, bukan semua jalan hidup lurus dan mudah untuk kita lalui. Itulah liku-liku kehidupan. Satu jalan yang penuh cerita di sekelilingnya. Keluarga, kawan, cinta, kerjaya adalah ceritanya. Harus kita mengenalinya, merasainya dan melaluinya biarpun suka atau duka. Semakin kita berjalan kehadapan..semakin banyak cerita yang akan kita lihat dan melaluinya. Jangan kosongkan hati dan minda dari bekalan kekuatan diri, ketabahan diri, kecekalan diri, dan kematangan diri. Harus disertai semua itu kerana kita akan melalui liku jalan yang tidak ketahui bila ketibaannya. Namun, jangan sampai kita leka dan lupa akan dastinasi utama. Jadikan persinggahan perjalan itu satu dorongan, semangat, kekuatan dan kematang untuk menuju destinasi utama dihadapan kerana ia adalah sebahagian yang melengkapkan kehidupan insan dalam satu perjalanan.
aurora_cdam
7.24 am (21 April 2011)
No comments:
Post a Comment