Monday, August 1, 2016

Diari Masaku...

Keiman Yang Sedikit

Bismillahirrahmannirrahim…


Manusia itu sering sahaja banyak alasan. Alasan yang membolehkan dia lepas dari perasaan besalah, takut atau mahupun tanggungjawab. Tanggungjawab yang utama seorang hamba pada penciptanya. Diberi sedikit keimanan lebih baik dari tiada keimanan. Keimanan yang sedikit itulah penyelamat dari kelencongan pada jalan yang melalaikan. Keimanan yang sedikit itulah memberi rasa ketakutan, ketakutan atas kelalaian kita. Dari situ kita memulakan semula paksi kehidupan manusia pada tuannya iaitu Allah s.w.t. Besarnya rahmatNya keatas hampa yang kedil ini. Bersyukur keatasNya diberi kesedaran dari kelalaian. Hati dan mulut ini mula mencari keserasian pada jalan dulu yang penuh ketenangan. Keimanan yang sedikit telah memberi amaran, dirimu telah leka dengan keasyikkan. Namun ego dan nasuf cuba menafikan…menyangkan diri ini masih lagi dalam kawalan. Penafian kesalah yang sangat merugikan. Tapi Dia….Dia sangat penyayang lagi mengasihani hambaNya. Memberi kesedaran sebelum jauh dari kelencongan. Pabila hati tersedar, sayu merintih keisafan..mulut menyanyi keampunan..ketakutan…ketakutan jika diri jauh dari tuhan. Melihat qalam tuhan dihadapan..tangan terasa menggigil kesedihan..betapa engkau telah lama aku tinggalkan. Sebulan yang penuh kelekaan. Bibir ini mula mencari permulaan..nada..irama yang dulu sering dilagukan. Ya Allah..sukarnya bibir ini..retak iramaMu masih dalam kekeliruan. Keimanan yang sedikit itulah telah menyelamat dari diri terus hanyut ketinggalan. Kini, ada misi baru yang harus dituju. Mecari semula irama qalam suci itu. Alhamdulillah… keimanan yang sedikit itulah keajaiban yang terindah. Sesungguhnya…Dia Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.. Alhamdulillah Ya Allah…Alhamdulillah…

Thursday, June 9, 2016

Diari Masaku...

Bismillahirrahmanirrahim..

Hampir sekian lama blog ni menyepi..no news...no story..i guess their owner got busy..hehe. Ok, I'm back noww. Guess what..i already get new status..OMG,..be b.i.b.i plak kita :). Cerita yg terkini..sekarang dah masuk bulan puasa..Ramadhan ke-2 tanpa ayah tercinta n.. hampir 2 bulan pegang status tunang orang. 16 april 2016..tarikh peristiwa itu berlaku ^_^ I believe what ever U did..Allah is setting everything right. Next topic.. hmm.. still jadi pengangur terhormat sama macam pokok anggur yg xkeluarkan hasil depan rumah tu..:( Kadang2 rasa mcm dah give up nk cari keja. rasa xdak la memilih pun. kerani pun xda. hmm tp operator tu ada la..tapiii..time tu time..7 pagi 7 mlm..7mlm 7 pagi..Ya Allah..bukannya kata nk pilih mcm mana..gaji rm900 pun xpa asal masuk pagi balik petang...hmmm..memang xda rezeki kot..mudah-mudahan mulut mak n ummi masin la..kot2 pas kawem kot ada rezeki..Aminn.. kepada en.tunang aka my future husband..harap dapat betahan if.. i still.. have no job. what if i have no job..??? waaaaa..xtau nk bayang apa dah. migrain fikir kerja ni. Rusa pun xnak beranak2 lagi..lobster ni pun bru kecil..nak mkn pun mcm xcukup isi je..waaa.. Projek apa pun xthu nak buat. AgroTourism...bila dapat jadi pun xtau la. hemm.. Ya Allah..permudahkanlan kesukaran ku..murahkanlah rezek keatasku..sesungguhnya Engkau pemurah lagi maha penyayang...Aminn.. Ok done tu kali ni. kita sambung nanti..byeee :)

Monday, June 15, 2015

Diari Masaku........

Lamanya pergi menyepi. Ikutkan banyak benda yang nk tulis sebabnya banyak cerita yang telah berlaku. Tapi untuk hari ni, only one for me..Miss and Missing. Hari ini sudah masuk 2 bulan 2 hari dia pulang pada penciptanya Allah s.w.t. dan tidak lama lagi ramadhan bakal kunjung tiba. Pastinya tahun ini akan ada sedikit kelainan. Dia pergi seorang dan datang pula seorang dalam keluarga. Sepertinya diri ini terasa dia sedang tidur, dengan berlapitkan tangan di belakang kepalanya, kakinya lurus dan lalu bersilang, mulutnya sedikit terbuka...dia tidur lurus memanjang..hmm...namun lenanya tidak la lama mana. Kekesalan itu pasti ada dan timbul dihati ini pabila terkenangkan dia. Anakmu ini tidak la sempurna mana, terlajak kata, rasa dan laku selalu ada. Setinggi mana akal dan didikan, pasti tiada yg sempurna kerana kesalahan itu ada dimana-mana. Pergimu kurasa seperti mana sama dengan situasi perginya Tok dahulu. Tidak terasa terlalu ralat dan muram menduka. Bukan kerana hati batu tiada perasaan, bohongla kalau tiada air mata. Tapi, aku lebih merelakan dari melihat derita. Sedih itu pasti ada, kerana diri ini tidak sempurna melayan saat hayatmu ada. Pastinya dirimu akan pergi jua dan pastinya hanya satu destinasi yang nyata. Kau pergi menemu pencitamu...yang nyata lebih menyayangimu. Hanya kemaafan yang dapat kupinta atas setiap kekurangan melayani diri mu. Ya Allah, dengan rendah diri, kumohon padaMu, agar diampunkan dosa selama hayat dia masih ada. Tiada hadiah dapatku berikan lagi padanya, dan tiada yang lebih bermakna melainkan hanya doa keampunan dariMu untuknya. Tempatkan la dia di kalangan org yg beriman...amin, amin, Ya Allah... 

Dedicate to my beloved father arwahyarham Abu Hassan Bin Salleh
Al Fatihah..

and welcome to my family...new sister in law Kak Eija...

Thursday, November 13, 2014

After that...What noww..??

Bismillahirrahmanirrahim.............

Hemm..dah hampir berapa bulan tak tengok blog ni...last update masa final exam..bulan 6. sekarang dah  habis zaman belajar. Time to get the jobss...im still looking for that thing. Ridunya kawan2 masa study..skrang kami dah gradd...syukur pada DIA yang esa..:)


Banyak benda yang terjadi sewaktu zaman study,,tawa, senyum, tangis, riyuh rendah usik-mengusik..semua bercampur..
   
 aku rindukan tawa mereka..aku rindukan senyum mereka.. aku rindukan tangis mereka,,aku              rindukan kekecohan mereka,,kekecohan, tawa, senyum kami bersama...suka duka kami bersama..itulah teman namanya...^_^

aku juga rindukan suara pagi itu...tapi itu semua dulu..tidak mungkin akan ada lagi sekarang...
hidup harus pada realiti..buka mimpi atau bayangan angan...

what noww.??? still looking for my destiny...which way..?? this way or that way...??

Monday, June 9, 2014


Astaghfirullah hal adzim 3x......
semoga nafsu tidak mendahului akal fikiran yang waras..
Ya Allah..aku mohon keampunan dari-Mu..
sesungguhnya aku hamba yang biasa lagi lemah...
Akal ku tahu benci itu satu kesakitan..marah itu satu keresahan..
Ya Allah, aku tidak berdaya menahan perasaan ini..
Ya Allah..lindungi kesayangan hamba ini..kesayangan di sekelilingku...
Jauhi perasaan benci dan marah ini...
sesungguhnya aku masih mengharapkan perubahan berlaku...
keajaiban berlaku pada dia..semoga dia kembali pada redha dan rahmat-Mu..
sebelum Engkau iringkan Izrail menjemputnya....

Sesungguhnya aku menyayangi dan mengasihi saudara ku...andai tiba waktu aku membencinya...Kau ampuni la hambaMu ini...

Friday, May 30, 2014

MENGENALI BULAN SYAABAN & MALAM NISFU SYAABAN


Memperbanyakkan puasa sunat

Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.”

Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasKu beberapa kali sebelum berbuka puasa maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi:“Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.

Saturday, May 17, 2014

Like Maple Leaf FILLML

Like maple leaf....
we saw...we smile...we fill...we fall in...
Like maple leaf...autumn season....