Thursday, June 20, 2013

Akhir SEMESTER 4 BSBI 2012/2013

Selamat sudah menjawab last paper tuk semester ni. Ya..semester 4 BSBI bakal berakhir dan kami akan mula cuti semester. Saya akan terbang pulang hari sabtu ni, flight pukul 3.45 ptg dari Airport Bintulu ke LCCT. Perasaan sekarang hanya ingin pulang rehat di rumah...ingin lupakan cerita telah berlalu. Mungkin balik kali ni kena cari something untuk buat..hemm..persediaan tuk final year project pun kena mula buat sebelum masuk semester baru bulan 9 ni. Hemm..kadang-kadang kita x jangga akan ada mendung dihujung senja. Mendung yang telah menghalang sinar mentari senja yang indah. Mungkin itu yang sedang berlaku pada hujung semester ini. Perasaan sendiri yang sedikit mendung tidak seceria dulu. Kesalahan yang tidak terjanggan akan berlaku..mengubah corak warna dihujung minggu akhir ini. Saya akui..ia perlu di ubah dengan warna yang lebih ceria untuk membangkitkan suasana gembira. Tapi..mampu ke diri sendiri lakukan... Walaupun mungkin kita tersalah mencorak kali ini..tapi...tak boleh ke corak itu diolah bersama agar menjadi lebih ceria. Orang kata..kesalahan itu satu seni..tapi kesalahan dalam hubungan mungkin satu kelemahan yang perlu perubahan..perubahan bersama-sama..kerana kita tidak sempurna.

Please...i want go home ASAP...love my garden..my soil..my wood..my knife..i want to draw something like before...love my job at home...............love that smell...natural smell...


Monday, June 10, 2013

Amalan Minum Susu Sebelum Tidur ( salah satu sunnah Nabi SAW)

Assalamualaiku...sedikit perkongsian ilmu,


    Amalan minum susu adalah serbahagian dari kegemaran junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Baginda akan meminum segelas susu panas sebelum tidur. Susu kambing adalah susu kegemaran baginda. Namun bergitu..saya masih tidak berkesempatan untuk menyediakan stok susu kambing dalam stor makanan saya di universiti sebab susu kambing jarang jual dalam pek 1kg mcm susu lembu..^_^ walaubagaimanapun, kita masih boleh mengamalkan minum susu sebelum tidur kerana terdapat banyak kebaikannya. Bila dah biasa minun..boleh la tukar jenis susu ada susu kambing...hehehe.

Sedikit perkongsian dari sumber lain:

  Amalan meminum susu merupakan salah satu sunnah Nabi SAW. Terdapat beberapa dalil yang menjelaskan perihal ini. Di antaranya sepertimana yang disebutkan di dalam kitab Syamail Muhammadiyah karangan Imam al-Tirmizi seperti berikut: Daripada Abu Hurairah RA yang bermaksud: Ia melihat Rasulullah SAW berwudhuk (lagi) setelah memakan susu yang telah dipadatkan. (Riwayat al-Tirmizi, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban). Daripada Anas RA yang bermaksud: Dengan gelas ini saya telah memberikan kepada Rasulullah SAW segala jenis minuman: air, anggur, madu dan susu. (Riwayat Muslim, al-Tirmizi dan al-Hakim). Selain itu juga (bukan di dalam kitab Syamail Muhammadiyah), terdapat sebuah hadis yang agak panjang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Asim menceritakan bahawa Nabi SAW dan para sahabat meminum susu kambing ketika di dalam peristiwa hijrah dari Mekah ke Madinah. 2. Hadis mengenai Nabi SAW memilih untuk meminum susu semasa peristiwa Israk dan Mikraj diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Ahmad. Namun kedua-dua hadis tersebut tidak menyatakan sama ada susu itu daripada kambing ataupun binatang lain. Wallahualam. 

     Apa yang boleh membuatkan saya ingin berkongsi amalan minum susu sebelum tidor adalah kerana satu kejadian. Semuanya berlaku lewat malam semalam. Akibat selera makan sambal yang berlebihan selama 2 hari..dan akhirnya semalam saya tak dapat nk tidur. Saya mengalami kepedihan perut yang sangat tidak selesa untuk tidur.. Jadi..sebagai langkah keselamatan untuk perut dan badan yang penat nk tidur sebab esok ada exam,..terpaksa la saya menggagahkan diri bangun buat segelas susu lewat 12 tengah malam. Sebenarnya saya sendiri jarang minum sebelum tidur, apatah lagi minum susu. Mungkin dulu saya slalu juga minum susu..tapi semenjak 2..3..4..menjak nie..makin kurang kerajinan pulak. Tapi..kejadian semalam membuatkan saya kembali dengan amalan minum susu ni....Memang ia memberikan kita keselesaan untuk tidur dan disamping memberi kesihatan pada badan dari segi kalsium tulang dan gigi :)

Berikut saya kongsikan sebahagian kebaikan amalan minum susu ini...


5 kebaikan minum susu sebelum tidur... 

1. Kita akan tidur dengan lena.
2. Kalsium akan diserap dalam tulang semasa kita tidur. Kalsium penting untuk tulang dan gigi.
3. Susu akan mencuci perut semasa kita tidur, jadi ianya baik untuk pencernaan.
4. Vitamin B dalam susu bagus untuk mengurangkan stress.
5. Susu menurunkan kadar kolestrol semasa kita tidur.

Sumber dari: