Bismillahirrahmannirrahim…
Manusia
itu sering sahaja banyak alasan. Alasan yang membolehkan dia lepas dari
perasaan besalah, takut atau mahupun tanggungjawab. Tanggungjawab yang utama
seorang hamba pada penciptanya. Diberi sedikit keimanan lebih baik dari tiada
keimanan. Keimanan yang sedikit itulah penyelamat dari kelencongan pada jalan
yang melalaikan. Keimanan yang sedikit itulah memberi rasa ketakutan, ketakutan
atas kelalaian kita. Dari situ kita memulakan semula paksi kehidupan manusia
pada tuannya iaitu Allah s.w.t. Besarnya rahmatNya keatas hampa yang kedil ini.
Bersyukur keatasNya diberi kesedaran dari kelalaian. Hati dan mulut ini mula
mencari keserasian pada jalan dulu yang penuh ketenangan. Keimanan yang sedikit
telah memberi amaran, dirimu telah leka dengan keasyikkan. Namun ego dan nasuf
cuba menafikan…menyangkan diri ini masih lagi dalam kawalan. Penafian kesalah
yang sangat merugikan. Tapi Dia….Dia sangat penyayang lagi mengasihani
hambaNya. Memberi kesedaran sebelum jauh dari kelencongan. Pabila hati
tersedar, sayu merintih keisafan..mulut menyanyi keampunan..ketakutan…ketakutan
jika diri jauh dari tuhan. Melihat qalam tuhan dihadapan..tangan terasa menggigil
kesedihan..betapa engkau telah lama aku tinggalkan. Sebulan yang penuh
kelekaan. Bibir ini mula mencari permulaan..nada..irama yang dulu sering
dilagukan. Ya Allah..sukarnya bibir ini..retak iramaMu masih dalam kekeliruan. Keimanan
yang sedikit itulah telah menyelamat dari diri terus hanyut ketinggalan. Kini,
ada misi baru yang harus dituju. Mecari semula irama qalam suci itu.
Alhamdulillah… keimanan yang sedikit itulah keajaiban yang terindah.
Sesungguhnya…Dia Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.. Alhamdulillah Ya Allah…Alhamdulillah…
No comments:
Post a Comment