Lamanya pergi menyepi. Ikutkan banyak benda yang nk tulis sebabnya banyak cerita yang telah berlaku. Tapi untuk hari ni, only one for me..Miss and Missing. Hari ini sudah masuk 2 bulan 2 hari dia pulang pada penciptanya Allah s.w.t. dan tidak lama lagi ramadhan bakal kunjung tiba. Pastinya tahun ini akan ada sedikit kelainan. Dia pergi seorang dan datang pula seorang dalam keluarga. Sepertinya diri ini terasa dia sedang tidur, dengan berlapitkan tangan di belakang kepalanya, kakinya lurus dan lalu bersilang, mulutnya sedikit terbuka...dia tidur lurus memanjang..hmm...namun lenanya tidak la lama mana. Kekesalan itu pasti ada dan timbul dihati ini pabila terkenangkan dia. Anakmu ini tidak la sempurna mana, terlajak kata, rasa dan laku selalu ada. Setinggi mana akal dan didikan, pasti tiada yg sempurna kerana kesalahan itu ada dimana-mana. Pergimu kurasa seperti mana sama dengan situasi perginya Tok dahulu. Tidak terasa terlalu ralat dan muram menduka. Bukan kerana hati batu tiada perasaan, bohongla kalau tiada air mata. Tapi, aku lebih merelakan dari melihat derita. Sedih itu pasti ada, kerana diri ini tidak sempurna melayan saat hayatmu ada. Pastinya dirimu akan pergi jua dan pastinya hanya satu destinasi yang nyata. Kau pergi menemu pencitamu...yang nyata lebih menyayangimu. Hanya kemaafan yang dapat kupinta atas setiap kekurangan melayani diri mu. Ya Allah, dengan rendah diri, kumohon padaMu, agar diampunkan dosa selama hayat dia masih ada. Tiada hadiah dapatku berikan lagi padanya, dan tiada yang lebih bermakna melainkan hanya doa keampunan dariMu untuknya. Tempatkan la dia di kalangan org yg beriman...amin, amin, Ya Allah...
Dedicate to my beloved father arwahyarham Abu Hassan Bin Salleh
Al Fatihah..
and welcome to my family...new sister in law Kak Eija...
No comments:
Post a Comment