Sememangnya banyak cara yang lebih baik untuk menangani semua masalah termasuk la yang berkaitan dengan emosi, hati dan perasaan. Paling kerap pada usia remaja ini ramai yang mengalami masalah dan selalunya ia berkaitan hati dan perasaan. Tanpa kita sedari..kadang-kadang kita terlalu banyak membuang masa dalam memikir dan mencari jalan untuk selesaikan masalah sendri mahupun masalah orang lain. Kadang-kadang, apabila terlalu banyak sangat memikir ia mendorong kepada kepenatan untuk otak berfikir..dan ini akan mempengaruhi setiap keputusan yang akan kita buat selepasnya. Bagi sesetengah orang, dia berasa dianya mampu untuk menghadpi dan menyelesaikan masalahnya sendiri. Ya, sememangnya terdapat golongan sebegini tapi kebanyakkannya akan menghadapi kebuntuan dipertengah jalan. Masalah sememangnya boleh diselesaikan namun harus kena dengan caranya. Bagi kebanyakan golongan remaja, mereka lebih terdorong mengikut kata hati dan perasaan pada ketika tertentu. Pada tahap ini...emosi remaja selalunya cepat mencapai tahap-tahap yang kadangkala melebihi yang sepatutnya. Apa yang sepatutnya. Saya sendiri masih mencari jawapan itu. Pada pandang peribadi, saya rasakan cara yang selalu berlaku apabila seseorang yang menghadapi masalah yang berkaitan emosi, hati dan perasaan, mereka pada mulanya akan berfikir penyelesaiannya. Ada kalanya masa yang diambil panjang, ada kalanya pendek. Bagi seseorang yang mempunyai ketahanan metal yang kuat dan bebekalkan keiman..selalunya ia bisa menghadapi. Tapi rata-rata remaja kini kurang ketahan dari sudu metal dan juga keimanan. Memikir sendirian masalah bukan tidak boleh mencari penyelesaiannya tapi ia akan memberi sedikit tekanan kerana kita berfikir sendirian. Bersambung.....
No comments:
Post a Comment