Selamat sudah menjawab last paper tuk semester ni. Ya..semester 4 BSBI bakal berakhir dan kami akan mula cuti semester. Saya akan terbang pulang hari sabtu ni, flight pukul 3.45 ptg dari Airport Bintulu ke LCCT. Perasaan sekarang hanya ingin pulang rehat di rumah...ingin lupakan cerita telah berlalu. Mungkin balik kali ni kena cari something untuk buat..hemm..persediaan tuk final year project pun kena mula buat sebelum masuk semester baru bulan 9 ni. Hemm..kadang-kadang kita x jangga akan ada mendung dihujung senja. Mendung yang telah menghalang sinar mentari senja yang indah. Mungkin itu yang sedang berlaku pada hujung semester ini. Perasaan sendiri yang sedikit mendung tidak seceria dulu. Kesalahan yang tidak terjanggan akan berlaku..mengubah corak warna dihujung minggu akhir ini. Saya akui..ia perlu di ubah dengan warna yang lebih ceria untuk membangkitkan suasana gembira. Tapi..mampu ke diri sendiri lakukan... Walaupun mungkin kita tersalah mencorak kali ini..tapi...tak boleh ke corak itu diolah bersama agar menjadi lebih ceria. Orang kata..kesalahan itu satu seni..tapi kesalahan dalam hubungan mungkin satu kelemahan yang perlu perubahan..perubahan bersama-sama..kerana kita tidak sempurna.
Please...i want go home ASAP...love my garden..my soil..my wood..my knife..i want to draw something like before...love my job at home...............love that smell...natural smell...
Thursday, June 20, 2013
Monday, June 10, 2013
Amalan Minum Susu Sebelum Tidur ( salah satu sunnah Nabi SAW)
Assalamualaiku...sedikit perkongsian ilmu,

Amalan minum susu adalah serbahagian dari kegemaran junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Baginda akan meminum segelas susu panas sebelum tidur. Susu kambing adalah susu kegemaran baginda. Namun bergitu..saya masih tidak berkesempatan untuk menyediakan stok susu kambing dalam stor makanan saya di universiti sebab susu kambing jarang jual dalam pek 1kg mcm susu lembu..^_^ walaubagaimanapun, kita masih boleh mengamalkan minum susu sebelum tidur kerana terdapat banyak kebaikannya. Bila dah biasa minun..boleh la tukar jenis susu ada susu kambing...hehehe.
Sedikit perkongsian dari sumber lain:
Amalan meminum susu merupakan salah satu sunnah Nabi SAW. Terdapat beberapa dalil yang menjelaskan perihal ini. Di antaranya sepertimana yang disebutkan di dalam kitab Syamail Muhammadiyah karangan Imam al-Tirmizi seperti berikut: Daripada Abu Hurairah RA yang bermaksud: Ia melihat Rasulullah SAW berwudhuk (lagi) setelah memakan susu yang telah dipadatkan. (Riwayat al-Tirmizi, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban). Daripada Anas RA yang bermaksud: Dengan gelas ini saya telah memberikan kepada Rasulullah SAW segala jenis minuman: air, anggur, madu dan susu. (Riwayat Muslim, al-Tirmizi dan al-Hakim). Selain itu juga (bukan di dalam kitab Syamail Muhammadiyah), terdapat sebuah hadis yang agak panjang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Asim menceritakan bahawa Nabi SAW dan para sahabat meminum susu kambing ketika di dalam peristiwa hijrah dari Mekah ke Madinah. 2. Hadis mengenai Nabi SAW memilih untuk meminum susu semasa peristiwa Israk dan Mikraj diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Ahmad. Namun kedua-dua hadis tersebut tidak menyatakan sama ada susu itu daripada kambing ataupun binatang lain. Wallahualam.
Apa yang boleh membuatkan saya ingin berkongsi amalan minum susu sebelum tidor adalah kerana satu kejadian. Semuanya berlaku lewat malam semalam. Akibat selera makan sambal yang berlebihan selama 2 hari..dan akhirnya semalam saya tak dapat nk tidur. Saya mengalami kepedihan perut yang sangat tidak selesa untuk tidur.. Jadi..sebagai langkah keselamatan untuk perut dan badan yang penat nk tidur sebab esok ada exam,..terpaksa la saya menggagahkan diri bangun buat segelas susu lewat 12 tengah malam. Sebenarnya saya sendiri jarang minum sebelum tidur, apatah lagi minum susu. Mungkin dulu saya slalu juga minum susu..tapi semenjak 2..3..4..menjak nie..makin kurang kerajinan pulak. Tapi..kejadian semalam membuatkan saya kembali dengan amalan minum susu ni....Memang ia memberikan kita keselesaan untuk tidur dan disamping memberi kesihatan pada badan dari segi kalsium tulang dan gigi :)
Berikut saya kongsikan sebahagian kebaikan amalan minum susu ini...
5 kebaikan minum susu sebelum tidur...
1. Kita akan tidur dengan lena.
2. Kalsium akan diserap dalam tulang semasa kita tidur. Kalsium penting untuk tulang dan gigi.
3. Susu akan mencuci perut semasa kita tidur, jadi ianya baik untuk pencernaan.
4. Vitamin B dalam susu bagus untuk mengurangkan stress.
5. Susu menurunkan kadar kolestrol semasa kita tidur.
Sumber dari:
Friday, April 12, 2013
PENeROKAAN BUKU ILMIAH/MOTIVASI ( part 1)
UNTUK KITA PENDOSA HARAPAN SELALU ADA- Hilal Asyraf
Assalamualaikum wbt.
Saya masih sedang membaca buku UNTUK KITA PENDOSA yang
ditulis oleh saudara Hilal Asyraf. Apa yang boleh saya kata mengenai buku ini
pada permulaannya, ia sangat membuka minda dan hati untuk kita menyelami dan
mengenali akan diri kita yang kadang kala suka terleka.
Bergitu kita sebagai hamba-Nya yang sering kali tidak lepas
dari melakukan dosa. Tetapi, berapa ramai yang sedar akan hal itu? Pada diri
yang sedar akan dosa yang dilakukan…bagaimana mana permulaan untuk kita
menyucikan dosa yang telah kita lakukan. Pastinya dalam hati setiap insan itu
punya keinginan untuk berubah, tetapi mereka masih terperangkap dalam penjara
nafsu yang dicipta sendiri. Keinginan tanpa usaha mencapainya, tidak akan
mengubah apa-apa. Keinginan tanpa sokongan juga tidak akan menggerakkan hati
itu segera.
Dosa itu di ibaratkan seperti virus yang mudah merebak jika
tidak dirawat. Virus yang merebak itu adalah bitik hitam yang terbentuk dalam
hati kita. Rasulullah s.a.w pernah menyatakan yang bermaksud, “ Sesungguhnya
orang Mukmin apabila melakukan sesuatu dosa, terbentuklah bintik hitam pada
hatinya. Apabila dia bertaubat lalu berhenti melakukan dosa dan beristighfar,
dia bersih daripada bintik hitam itu. Apabila dia melakukan dosa, semakin
bertambah bintik hitam itu pada hatinya sehingga tertutup seluruh hatinya”. Itu
lah karat yang kita ciptakan pada hati
Hayat ini telah ditetapkan dua pilihan, hidup dan mati,
bahagia dan duka, baik dan buruk, halal dan haram,pahala dan dosa,,,dan pilihan
itu semua hanya ada dua...MAHU atau TIDAK..
Memilih mahu, bererti kita memilih jalan yang sukar..sukar
sementara..untuk kemudahan yang berpanjangan..
Tiada pertengahan dan
sempadan antara dua kerana ia adalah SYUBHAH pada-Nya..
" Setiap raja ada sempadan dan sempadan Allah itu
adalah perkara-perkara yang diharamkan-Nya."
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim
Tuesday, August 21, 2012
Kemaafan Syawal..?
Selamat petang..dan Salam Lebaran untuk semua......hari nie masuk hari raya ketiga. Ahlamdulillah, semua bejalan dgn lancar dan baik...cuma satu hal. hari ini masih tidak bergitu terasa akan makna kemaafan pada seseorang. ya..amang benar, siapa kita untuk menghukum org lain..membenci atau marah pada org..tpi itu la hati manusia. perasaan seperti itu tidak penah akan hilang bila hatinya mula terasa. aku tahu dan aku akui, diri sendiri juga tidak sempurna dan tidak baik mana...tapi hati yang merasa akan tetap terasa biar pun dia tidak buat salah pada kita. tak tahu macam mana nk cakap..tapi sampai hari ini entah kenapa terasa seperti sukar untuk memaafkan dirinya..kesalah itu walaupun pada org lain tapi ia sangat terasa didalam. dia tak pernah insaf..kalau insaf pun mungkin seketika. tapi siapa yang menanggung..siapa yang akan terus terasa dan memikirkan hal dia kalau buka wanita tua yang bergelar MAK..dan tida terus tidak kisah. salah kah diri ini membencinya...hanya kerana dia melukakan hati wanita tua itu. aku tahu masih masih lagi dibawah..masih laki sedang mendaki..masih lagi sedang diuji..tapi hati wanita ini telah terasa akan kecawa yang dia lakukan..Ya Allah..salah kah aku ada perasaan benci dlm hati ini padanya..pada bulan kemaafan ini..walupun aku telah bersalah dengannya..tpi tiada sedikit rasa yang tersentuh dalam hatiku Ya Allah..slahkah aku..apa yang aku rasa hanyalah kecewa, marah dan mungkinkah benci...mungmungkin juga sikapku sendiri tidak bergitu baik tapi aku telah cuba sedaya upaya untuk membaikkinya agak yang lain tidak terasa. aku juga takut pada perasa ini ... takut ia akan menhancurkan hati sendiri..tapi..aku masih belum bersedia untuk melahirkan rasa kemaafan padanya dalam hati ini..sehinggakan kadang-kadang aku rasa seperti tidak mahu melihatnya langsung..adalah aku bersalah berperasaan macam nie..????????????????
Thursday, August 9, 2012
Muncul jua..tapi.....
seperti yang sy dh agak. tak akan ada jawapan pada setiap persoalan dari sy. sama juga dengan kejadian 10 tahun yg lepas. pergi tanpa jawapan pada persoalan yg ditinggalkan. kini..mungkinkah kejadian itu akan berulang kembali...? sy akan laluinya lagi untuk satu tempoh yang panjang...dan akhir ceritanya..sepi untuk diri sendiri. tak tahu la kenapa mudah sangat diri ini terasa..tpi bukan bermaksud menerima..hampir 6-7 tahun baru terdetik hati ingin terima... sampai bila pun tak tahu perasaan..situasi sebergini akan terus berlarutan. apa agaknya kesudahan cerita kali ini...jauh disudut hati, sy berdoa agak DIA berikan pertunjuk dan kekuatan untuk hadapi setiap takdir yg telah ditetapkan..semoga ada kemanisan dihujung penantian ini...
Friday, July 27, 2012
Keinginan yang terasa dan dirasa
kini kita sudah meningkat dewasakan..dan pada seorang wanita pastinya naluri hati perasaan akan semakin menjadi lebih sensitif..terbuka dan dewasa..apa yang berlaku disekelilingnya kan sentiasa diambil kira. dari hal luar hingga kedalam..dari hal hati hingga ke perasaan. Air mata semakin akrab menjadi sahabat kita. itu lah hakikat dan kepastian yang sememangnya akan dilalui oleh semua insan yang bergelar wanita. Air mata..apakah air mata itu satu ketenangan..kelegaan pada setiap kedukaan..kegembiraan..dalam mencari siapa kita..apa yang akan kita lakarkan pada lukisan hidup kita masa akan datang..banyak lukisan hidup yang kita lihat sekarang dalam mencari panduan dan idea untuk mencorak pada lukisan kita nanti. dan pada diri ini sendiri..sememangnya sudah ada lakarang bayangan yang ingin dilakarkan..tapi..entah kenapa mesti ada keraguan dan kerisauan di hati..semakin hari semakin jadi x mengerti..bayang yang kelam mula mucul dan menghilangkan keyakinan diri.
andai bisa masa ini diundur..pasti tidak akan ku lakarkan lukisan luka itu..
tiada tanda yang bisa ku lihat untuk ku ingat setiap detik itu..
tiada cerita yang tercipta untuk ku didengari hati..
tiada rasa derita yang akan ku rasai..
tiada jua bayangan sensara yang akan mengiringin diri...
pastinya tiada lagi kesunyian diri..kesunyian dari senyuman kebahagian hati..
dunia bukanlah satu kekejaman..takdir bukan lah satu kesensaraan..
hanya manusia yang menjadi kejam..dalam mencipta takdirnya yang sensarakan diri sendiri..
keinsafan diri mulut buka lagi satu kepastian...jika hati masih sesat pada cahaya iman..
rahmad ILLAHI menjadi satu keinginan pada insan yang inginkan kemaafannn.....
Thursday, May 24, 2012
Boleh ye......???
selalu orang kata cerita dalam novel..dalam drama selalu tak akan sama dalam realiti. amang tak boleh jadi sama ye? kalau 10 cerita dalam skip tu happy ending, belum tentu 1 boleh jadi hapy endingdalam reality. hemm...macam mana dengan cerita perkenalan yang tak penah bersua muka or xpnh tgk rupa. tapi masih boleh bertahan untuk jangka waktu yang panjang....???agak-agak ending dia happy or sebaliknya...? apa yang membuatkan seseorang tu tak nak tunjukkan dirinya..?hemmm...????? no answer until now...but i don want to push...just want let you know what in mymind...(coya2 nk tulis bi rojak..:)
Subscribe to:
Posts (Atom)