Friday, July 27, 2012

Keinginan yang terasa dan dirasa




Salam semua kembali...hari nie baru ada masa nak mencoret cerita. semuanya bermula bila ramadhan hadir. sejak pulang bercuti di kampung, saya macam xdak mood sangat nk on laptop..fb..apa tah lagi blog. tapi.. kini saya mula rindu pada diari blog. rasa lama sangat mendiam..banyak cerita yang terjadi..kenapa orang tulis blog?? semestinya kerana satu cerita.. dan saya juga ingin menulis kerana satu cerita...

kini kita sudah meningkat dewasakan..dan pada seorang wanita pastinya naluri hati perasaan akan semakin menjadi lebih sensitif..terbuka dan dewasa..apa yang berlaku disekelilingnya kan sentiasa diambil kira. dari hal luar hingga kedalam..dari hal hati hingga ke perasaan. Air mata semakin akrab menjadi sahabat kita. itu lah hakikat dan kepastian yang sememangnya akan dilalui oleh semua insan yang bergelar wanita. Air mata..apakah air mata itu satu ketenangan..kelegaan pada setiap kedukaan..kegembiraan..dalam mencari siapa kita..apa yang akan kita lakarkan pada lukisan hidup kita masa akan datang..banyak lukisan hidup yang kita lihat sekarang dalam mencari panduan dan idea untuk mencorak pada lukisan kita nanti. dan pada diri ini sendiri..sememangnya sudah ada lakarang bayangan yang ingin dilakarkan..tapi..entah kenapa mesti ada keraguan dan kerisauan di hati..semakin hari semakin jadi x mengerti..bayang yang kelam mula mucul dan menghilangkan keyakinan diri. 

andai bisa masa ini diundur..pasti tidak akan ku lakarkan lukisan luka itu..
tiada tanda yang bisa ku lihat untuk ku ingat setiap detik itu..
tiada cerita yang tercipta untuk ku didengari hati..
tiada rasa derita yang akan ku rasai..
tiada jua bayangan sensara yang akan mengiringin diri...
pastinya tiada lagi kesunyian diri..kesunyian dari senyuman kebahagian hati..

dunia bukanlah satu kekejaman..takdir bukan lah satu kesensaraan..
hanya manusia yang menjadi kejam..dalam mencipta takdirnya yang sensarakan diri sendiri..
keinsafan diri mulut buka lagi satu kepastian...jika hati masih sesat pada cahaya iman..
rahmad ILLAHI menjadi satu keinginan pada insan yang inginkan kemaafannn.....

Thursday, May 24, 2012

Boleh ye......???



selalu orang kata cerita dalam novel..dalam drama selalu tak akan sama dalam realiti. amang tak boleh jadi sama ye? kalau 10 cerita dalam skip tu happy ending, belum tentu 1 boleh jadi hapy endingdalam reality. hemm...macam mana dengan cerita perkenalan yang tak penah bersua muka or xpnh tgk rupa. tapi masih boleh bertahan untuk jangka waktu yang panjang....???agak-agak ending dia happy or sebaliknya...? apa yang membuatkan seseorang tu tak nak tunjukkan dirinya..?hemmm...????? no answer until now...but i don want to push...just want let you know what in mymind...(coya2 nk tulis bi rojak..:)

Monday, May 21, 2012

๑۩۞۩๑ Muhasabah Diri ๑۩۞۩๑



Ada seorang sahabat bertanya

“KENAPA PEREMPUAN CEPAT MERAJUK??”
“KENAPA PEREMPUAN SELALU CEMBURU??”
“KENAPA PEREMPUAN SENTIASA RISAU AKAN SESUATU??”

Dan jawapan dari hati seorang insan bernama perempuan…

Kami MERAJUK pasti ada sesuatu yang menyentuh hati…kami CEMBURU bukan tidak bersebab…RISAU kami juga bersebab yang menyentuh nurani kami…fitrahnya ciptaan seorang perempuan…Allah ciptakan kami punyai hati yang terlalu halus…punyai 9 nafsu dan 1 akal…bukan kami tidak bisa berfikir dan kadang-kadang kami berfikir lebih rasional dari kaum adam…Cuma fitrah kejadian ini tidak dapat lari dari hati kami…mudah tersentuh…sekuat mana perempuan itu pada luarannya..namun dia tetap perempuan…sekalipun dia bisa menggoncang dunia…namun dia tetap perempuan…sekalipun dia bias menakluk dunia…namun dia tetap perempuan…sekalipun dialah yag memegang takhta pemerintahan…namun dia tetap perempuan…punyai kehalusan hati..emosi di sisi diri…namun rasional kami jua dari emosi…

Dicipta kami dari tulang rusuk kiri seorang insan bernama lelaki bukan untuk di sakiti…bukan untuk di lukai…namun hikmahnya ciptaan kami…dari situ la kami ingin dilindungi…dari sisi kirimu jua kami ingin dikasihi…dari sebelah kiri jua kami dicipta menjadi kekuatan buatmu kaum adam…kami jua sayap kiri buatmu pejuang-pejuang agama Allah…menjadi nadi mujahidah untukmu ISLAM…SubhanaAllah.

Perindu Kedamaian.

✿Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Kasih Allah Kasih Sejati Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ✿ ~ Z ~ ♥ ♥
 — 





(petikan dari facebook 'Dunia Macam-Macam')

Wednesday, January 18, 2012

Snack Tempura Sweet Sour

yaa....ni la hasilnya bila tengok cite korea. petang semalam amang rajin sangat nk masuk dapur sampai mak pun pelik. hhehehe..coz anak dia nia jarang masuk dapur katakan. disebabkan saya suka sangat tengak cite we got married khuntoria couple..so saya try la buat snack yang victoria buatkan tuk nichkhun waktu  first time diaorang duduk umar baru diaorang. tapi yang saya ade la ikut sebiji2 macam yang victoria masak. ikut apa yang ada kat dapur je. tapi mymom comen positive la...sedap dia cakap ^_^ abis ayam yang dia simpan dalam peti ais..potato yg baru beli pun xsempat dia nk rasmi..anak dia rasmi dulu..heheheee..sorry mom..:)
dia siap bagi cadangan lagi..dia cakap lain kali kita beli makanan seafood plak campur. buat banyak2 makan macam 2 sahaja. yang ni saya buat n 3orang yang makan, saya, mak n anak saudara perempuan (wafa). masing2 beselera makan...hahahaaa...selera anak dengan mak sama laaa..TERBAIK LAH PN.SOFIAH!! nanti mak kasi duit cek beli barang buat ye...;)

Tuesday, January 17, 2012

Bayangan jawapan yang diberi.....

untuk sekian lamanya...aku mendiamkan diri dari mencoret cerita hati. kini aku mula menjumpai jawapan pada persoalan diri. akhirnya ia kembali sepi. seperti selalu..hadir untuk seketika waktu. pergi bila sudah pasti. kitaran hidup cerita hati yang berganti. hadirnya ia mencorak lakaran memory yang indah dihayati. perginya ia bersama sendu yang terhiris oleh pisau belati. ia..kini ku mengerti. bukan.....:) dia berhak atas diri sendiri..

Sunday, December 18, 2011

Muhasabah- Masa Silam Yang Kelam


     Bumi mana tidak ditimpa hujan. Manusia mana yang tidak pernah berdosa. Tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam, kita masih ada masa untuk jadikan hari ini dan masa depan lebih putih berseri tanpa noda dosa.
     Jika semala diari harian dan bulanan terpalit warna hitam maksiat, pastikan hari ini bangkit bertahajud merintih memohon keampunan daripada Ilahi. Jika dulu bergelumbang dengan dosa terasa manis dan bahagia, berpatah baliklah. Jadikan dosa kini terasa pahit dan punca sengsara. Jika zaman jahiliah akal terasa kosong daripada ilmu dan panduan untuk membezakan antara baik dan salah, binalah langkah hari ini untuk lebih dekat dengan risalah wahyu iaitu al-Quran dan hadis.
     Moga warna hitam yang kita corakkan dulu kini mampu kita lunturkan dan padamkan secara bertahap. Biar merangkak, biar bertatih asalkan jalan menuju Ilahi sentiasa maju kehadapan. Moga dengan itu kita menjadi insan terpilih untuk bahagia menikmati anugerah syurga abadi

(petikan dari majalah SOLUSI- Ustaz Mohammad Nidzam Abd. Kadir)

Wednesday, December 14, 2011

Dia & Masalah..

Sememangnya banyak  cara yang lebih baik untuk menangani semua masalah termasuk la yang berkaitan dengan emosi, hati dan perasaan. Paling kerap pada usia remaja ini ramai yang mengalami masalah dan selalunya ia berkaitan hati dan perasaan. Tanpa kita sedari..kadang-kadang kita terlalu banyak membuang masa dalam memikir dan mencari jalan untuk selesaikan masalah sendri mahupun masalah orang lain. Kadang-kadang, apabila terlalu banyak sangat memikir ia mendorong kepada kepenatan untuk otak berfikir..dan ini akan mempengaruhi setiap keputusan yang akan kita buat selepasnya. Bagi sesetengah orang, dia berasa dianya mampu untuk menghadpi dan menyelesaikan masalahnya sendiri. Ya, sememangnya terdapat golongan sebegini tapi kebanyakkannya akan menghadapi kebuntuan dipertengah jalan. Masalah sememangnya boleh diselesaikan namun harus kena dengan caranya. Bagi kebanyakan golongan remaja, mereka lebih terdorong mengikut kata hati dan perasaan pada ketika tertentu. Pada tahap ini...emosi remaja selalunya cepat mencapai tahap-tahap yang kadangkala melebihi yang sepatutnya. Apa yang sepatutnya. Saya sendiri masih mencari jawapan itu. Pada pandang peribadi, saya rasakan cara yang selalu berlaku apabila seseorang yang menghadapi masalah yang berkaitan emosi, hati dan perasaan, mereka pada mulanya akan berfikir penyelesaiannya. Ada kalanya masa yang diambil panjang, ada kalanya pendek. Bagi seseorang yang mempunyai ketahanan metal yang kuat dan bebekalkan keiman..selalunya ia bisa menghadapi. Tapi rata-rata remaja kini kurang ketahan dari sudu metal dan juga keimanan. Memikir sendirian masalah bukan tidak boleh mencari penyelesaiannya tapi ia akan memberi sedikit tekanan kerana kita berfikir sendirian. Bersambung.....