Friday, March 18, 2011

MENTARI SUCI……


Semenjak hati ini sepi..pelayarannya menjadi lali..
Lalu..ombak yang datang tidak di perduli..
Aku kemudi kapal tanpa henti..
Ku rempuhi lautan jiwa yang berduri..
Tapi masih tidakku tahu arah destinasi..
Sehingga ku temui cahaya mentari suci..
Saat itu baru ku sedari..hidup laluku tiada erti..
Kerna kapal yang ku kemudi tidak menjadi..
Sehingga ku temui cahaya mentari suci..
Tapi..aku masih sesali dengannya..
Kenapa aku nakhoda yang mengemudi kapal sepi itu..
Tanpa bekalan dan keperluan yang mencukupi..
Aku telah melayarinya dengan penyesalan sendiri..
Saat itu..baru hati ini mengerti…
Kapal hati jangan dibiar sepi..
Kelak ia hilang tak bererti..
Kerna lautan jiwa telah menengelaminya sendiri……..
Terima kasih mentari suci…
Dikau kembali saat aku hampir hingga memusnahkan diri
Kerna bagiku lautan jiwa sangat mengeruni…
Aku hampir lemas seorang diri….
Terima kasih mentari suci…………………….

Aurora_cdam                      
04/09/2010 – 5.36 ptg

Thursday, March 10, 2011

Lakaran Rahsia Hati...

Sesuatu Makna Dalam Kehidupan

Pernahkah aku menceritakan tentang bagaimana kita dibentuk kawan? Aku pikir tak harus ku ulang lagi cerita bagaimana kita diciptakan, pastinya kalian-kalian juga sudah khatam mendengarnya. Aku hanya mengambil sedikit makna di tiap kejadian dari mulai kita benar-benar dibentuk di kandung rahim sampai saat ini. Bagaimana kita merangkak, berdiri, mengalami pengalaman-pengalaman, mengalami cerita-cerita. Lalu tak henti-hentinya kita dihadapkan pada masalah-masalah, kejadian-kejadian. Dari semua itu kita mengalaminya secara unik-unik kawan. Kita mengalami semuanya berberbeza-beza.
Kadang aku juga merasakan jalan hidup yang kita tempuh ini tak adil kawan. Kenapa kita tak mengalami seperti mereka-mereka yang menurut gambaran pemikiran kita, “Hidup itu indah”. Tapi memang “hidup itu indah” kawan, hanya secarik kecil pemikiran kita yang membuat kita ciut, ’putus asa’. Kadang aku juga merasa iri pada tiap runut kejadian dulu-dulu itu. Merasa kita tak seperti orang-orang kebanyakan, ‘andai saja..’, ‘jikalau..’, banyak nian kata-kata pengandaian itu selalu terngiang ditempurung ini. Tapi kawan, jalan hidup kita-kita ini diciptakan Tuhan dengan sangat unik dan indah. Maka aku cuba untuk memulung disetiap detik kejadian menjadi sebuah bumbu penyedap. Maka apabila kita mendapati suatu masalah, ingatkan pada diri kita ini bahwasanya sudah berjuta-juta masalah yang kita jatuhkan, kita robohkan, kita tinggalkan masalah yang lalu-lalu dibelakang, sampai saat ini masih berdiri tersenyum.
Jadi, jangan katakan kita ini diciptakan tidak adil kawan, hanya waktu saja yang dapat menunjukkan tiap-tiap resultan dari semua yang telah kita lakukan ini. Karena di tiap jalan-jalan yang kita lalui adalah hasilan harmoni dari apa yang kita miliki dan apa yang kita pelajari, Inside and Outside.

Tuesday, March 8, 2011

JANGAN TERLALU BAIK,SAYA AKAN MERINDUI AWAK..

Malam tadi, sambil rehatkan diri sempat juga aku capai satu majalah yang baru saja aku beli. Majalah tu keluaran November 2008. Aku baca satu artikel… tiba-tiba aku tersenyum keseorangan.

Berikut antara petikan yang buatkan aku tersenyum. Aku terfikir, kenapakah aku tetiba tersenyum setelah membacanya…

“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”

“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”

“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”

“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”


(COPY ARTIKEL DARI FACEBOOK)

Saturday, February 12, 2011

Tahu ke tak..?


Kita sebenarnya tahu ke tak kelemahan diri kita sendiri. Sejauh mana kita kenal diri kita....orang cakap, kita tak akan nampak macam ne kita sebenarnya. Orang yang melihat sahaja yang akan tahu kita macam mana. Betulkan..?
Tapi penat la...kadang-kadang kita rasa kita boleh lalui semua perkara, tapi ada juga sesetengah pekara yang kita tak boleh laluinya sendirian....AIMAN..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! :(

Monday, February 7, 2011

Cerita hari ini

Pekenalan yang tiada perjumpaan...hanya melalui alam teknologi maya yang tiada perhentiaan. tak penah lihat wajah, hanya mendengar suara sahaja. macam cerita novel plak rasa.

Sememangnya antara kita tidak ada apa-apa perjanjian yang melibatkan hati mahupun perasaan. Sememangnya antara kita tidak ada yang perlu awak fikirkan.
Tapi saya tahu awak dapat baca apa yang tersirat dalam setiap nada suara ini. Awak tahu apa yang ada dalam fikiran ini. Memang saya tak seharusnya berasa begitu, dan bukan salah awak jika saya rasa begitu. Saya tahu awak tahu. walaupun saya cuba nak sembunyi, tapi awak mesti dapat agak. Memang sakit jika simpan sendiri, dan awak memang dah pesan semua itu. Tapi awak dah tetapkan bergitu. Saya akan ikut semuanya. Cuma saya je yang degil. Jadi memang salah sayakan....Kalau boleh, nak je saya nafikan semua nie. Simpan diam-diam supaya awak tak dapat kesan. Tapi awak tahu juga. Saya tipu diri sendiri, tapi hakikatnya saya sedang seksa diri sendiri. Terukkan saya. Macam awak kata hari tu, mungkin satu kebetulan. Memang kalau boleh nak je anggap macam tu...tapi tak...
Tak tahu la apa yang awak fikir pasal saya, mungkin juga tak fikir....haaaaaaa!!!!!!!!! teruk je otak nie fikir semua tu....Kalau dah tahu teruk, nape nak fikir kan..hemmm biar jela..biar selama mungkin...

Tuesday, December 28, 2010

Teratak Baru Ku.........



Teratak yang siap sepenuhnya kira-kira 2minggu yang lepas. Kini impianku untuk memilikinya terlah pun tercapai. mempunyai teratak sendiri dengan kolam ikan hiasan yang hiasi lampu dan hiasan kolam yg lain. Teratak ku kini menjadi tempat kami sekeluarga beristirehat di waktu lapang sama ada siang atau malam. cuma yang menjadi masalahnya sekarang. air kolam yang perlu dijaga agar tidak selalu hijau hingga xnampak ikan. macam mana nak buat air kolam lambat kotor....????????