Monday, March 21, 2011

Pengalaman baruku..(kultur telur belangkas)

Ini adalah telur belangkas yang saya kultur dalam hatceri udang saya. sebenarnya, ia atas arahan dari En.Badrul pegawai penyelidik krustasia. Kira saya tumpang buat dan belajar la sikit. Telur ini kami ambil di Pantai Merdeka sewaktu keluar mencari upun2-upun. Kebetulan En.Bad jumpa, dia suruh try kultur kat hatceri. Ini adalah telur yang telah di lepaskan belangkas di pantai, dalam pasir. Dia perlukan sekurang-kurangnya 42 hari untuk menetas. Kira dari hari yang kami ambil sehingga hari nie..baru 12 hari tak termasuk dari hari belangkas itu buang telurnya. Sekarang telur belangkas ini sedah ada perubahan dan menurut En.Bad, mungkin lagi seminggu kita akan nampak embrio dia. Tak sabar rasanya nak tengah hasilnya. Mudah-mudahan dia berjaya. Kalau berjaya, ini adalah kerjayaan yang hebat kerana buka ramai orang try tetaskan belangkas secara kultur dan menurut En.Bad lagi, projek menetaskan balangkas secara kultur ini penah dibuat oleh kawanya sewaktu ambil master.

Sedikit INFO

Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.
Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.
Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.
Peribahasa dalam masyarakat Melayu iaitu 'macam belangkas' bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja. Kita akan temui belangkas di laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina.


Nilai Perubatan

Darah berwarna biru dari belangkas berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor jika belangkas di perairan Sabah kerana saiz lebih besar. Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut.

Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988.

3 comments:

  1. caya la...
    mmg syok keje korg...
    skanya.....

    ReplyDelete
  2. angah..nanti lau bjaya..leh kita try wat lak..
    skrg blangkas nilai tinggi tau..

    ReplyDelete
  3. ok2....
    kita jd share partner k.....
    kita kembangkn lg...

    ReplyDelete