Thursday, April 21, 2011

PERJALANAN HIDUP


Hidup ini..jangan disempitkan fikirannya hanya pada satu arah. Jangan penuhinya dengan fikiran negatif melebihi positif. Ruang yang terbuka harus dilihat pada keseluruhannya, jangan hanya tumpu pada satu jalan, satu keinginan, satu pengharapan. Kini apabila diri dipersimpangan, harus kita ketahui kemana hala jalan dihadapan.  Ya, hanya satu jalan yang akan kita lalui...tapi bukan satu arah yang harus kita fokusnya. Satu jalan, bukan semua jalan hidup lurus dan mudah untuk kita lalui. Itulah liku-liku kehidupan. Satu jalan yang penuh cerita di sekelilingnya. Keluarga, kawan, cinta, kerjaya adalah ceritanya. Harus kita mengenalinya, merasainya dan melaluinya biarpun suka atau duka. Semakin kita berjalan kehadapan..semakin banyak cerita yang akan kita lihat dan melaluinya. Jangan kosongkan hati dan minda dari bekalan kekuatan diri, ketabahan diri, kecekalan diri, dan kematangan diri. Harus disertai semua itu kerana kita akan melalui  liku jalan yang tidak ketahui bila ketibaannya. Namun, jangan  sampai kita leka dan lupa akan dastinasi utama. Jadikan persinggahan perjalan itu satu dorongan, semangat, kekuatan dan kematang untuk menuju destinasi utama dihadapan kerana ia adalah sebahagian yang melengkapkan kehidupan insan dalam satu perjalanan. 

aurora_cdam
7.24 am (21 April 2011)

MAKAN MAKAN




my plate..nsi goreng udang

menu pilihan 
Menu pilihan makan malam saya semalam bersama kawan2 dan akak latihan industri. Nasi Goreng Udang dan Air Nescafe O ais. kita orang kuar diner kat luar semalam. tapi x jauh mana pun..belakang kuates je. Di KEDAI USOP MEE UDANG PULAU SAYAK. Makan malam ini ditaja sepenuhnya oleh akak Farhana. Thanks akak...;) .mudah-mudahan Allah murahkan lagi rezeki akak kelak.

ini pulak makan malam yang sebelumnya..sehari sebelum diner kat mee udang. Bubur Nasi Bujang..hehehe...special untuk saya coz rasa lapar sangat..nak beli malas coz penat keje.Plen mula2 nak buat nak masak soup cendawan yg dalam tin tu..tapi yang lain dh kenyang..so sy buat soup tu untuk sarapan pagi je la..yg tu sy msk sendiri. nak makan megi xlalu. So terpaksa la merapkan myfren Siti Fatimah tuk buatkan bubur nasi nie.  Only for me...coz yang lain dh makan petang so diorg dah kenyang. sy sorg je la makan...nampak simple..coz kita org guna bahan2 yang ada je...bujang la katakan..tapi sedap..THANKS Timah....for special diner..;)
bubur nasi bujang



Friday, April 15, 2011

Cinta Ke Syurga 

Renunglah ke mataku
Selami ke dasarnya
Pastikan kau temui
Sorotan kebenaran

Setiap baris kata
Kutuju kepadamu
Adalah lafaz setulusnya
Lahir dari jiwa

Dengarkanlah hatimu
Apa yang kau getarkan
Bisakah aku kau terima

Sedarilah sesungguh-sungguhnya
Fahamilah sedalam-dalamnya
Ada cinta yang di dunia
Membawa ke syurga

Maka aku setulus-tulusnya
Memintamu seikhlas-ikhlasnya
Terimalah ku seadanya
Ke dalam hidupmu

Renunglah ke mataku
Selami ke dasarnya
Pastikan kau temui
Sorotan kebenaran

Renunglah ke mataku
Pasti niat terlihat
Hasratku membina cinta denganmu

Benarkanlah kutemanimu
Mengharungi hidup bersama
Dan padaNya yang terEsa
Kita berserah

(by Hafiz Hamidun)

Sunday, April 10, 2011

Kultur Belangkas (Bhg 3)



Akhirnya, mimi-mimi sudah menetas. tapi belangkas ini masih belum aktif sepenuhnya dan masih ada yang belum menetas. Saya ada melakukan sedikit OPERATION ke atas beberapa biji telur yang masih belum menetas. Apa yang saya lakukan kepada telur-telur itu..???????????hehehee..;-) hanya mengnolongnya menetas dengan segera. Saya telah menetaskan dengan sediri menggunakan tuieze dengan memecahkan telurnya dan mengeluarkan baby belangkas dari kelongsongnya...Alhamdunillah...baby-baby tersebut lahir dengan selamatnya..dan hidup sehingga sekarang..untuk masa sekarang je la...kehadap saya tak tahu la macam mana..harap-harap hidup la...huhuhuhuuu..sekian dari saya..bye..bye..

Monday, March 28, 2011

Kultur Belangkas (Bhg 2)


hari nie adalah hari ke 20 telur belangkas ini di kultur, dah sudah mula ke lihatan embrio yang baru terbentuk. Hampir semua telur sudah bertukar menjadi embrio. Kalau ikut pemerhatian saya semalam, pergerakan embrio nie tidak nampak sangat. Tapi hari nie, sudah ada yang mula bergerak dan berpusing dalam telur dia. Sekarang, hanya tunggu masa untuk dia menetas keluar dari sarung telur dia je..sama-sama kita tunggu ye...will be waiting for the new baby...;)

Monday, March 21, 2011

Pengalaman baruku..(kultur telur belangkas)

Ini adalah telur belangkas yang saya kultur dalam hatceri udang saya. sebenarnya, ia atas arahan dari En.Badrul pegawai penyelidik krustasia. Kira saya tumpang buat dan belajar la sikit. Telur ini kami ambil di Pantai Merdeka sewaktu keluar mencari upun2-upun. Kebetulan En.Bad jumpa, dia suruh try kultur kat hatceri. Ini adalah telur yang telah di lepaskan belangkas di pantai, dalam pasir. Dia perlukan sekurang-kurangnya 42 hari untuk menetas. Kira dari hari yang kami ambil sehingga hari nie..baru 12 hari tak termasuk dari hari belangkas itu buang telurnya. Sekarang telur belangkas ini sedah ada perubahan dan menurut En.Bad, mungkin lagi seminggu kita akan nampak embrio dia. Tak sabar rasanya nak tengah hasilnya. Mudah-mudahan dia berjaya. Kalau berjaya, ini adalah kerjayaan yang hebat kerana buka ramai orang try tetaskan belangkas secara kultur dan menurut En.Bad lagi, projek menetaskan balangkas secara kultur ini penah dibuat oleh kawanya sewaktu ambil master.

Sedikit INFO

Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.
Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.
Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.
Peribahasa dalam masyarakat Melayu iaitu 'macam belangkas' bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja. Kita akan temui belangkas di laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina.


Nilai Perubatan

Darah berwarna biru dari belangkas berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor jika belangkas di perairan Sabah kerana saiz lebih besar. Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut.

Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988.

Sunday, March 20, 2011

Fenomena Aurora

Kejadian Aurora?

Jika dilihat dari segi Sains dan Teknologi, kejadian aurora biasanya berlaku di lapisan atmosfera yang dikenali sebagai ionosfera. Ionosfera terletak di lapisan termosfera bumi dengan ketinggiannya dari aras bumi amnya bermula dari 90 hingga 1000 kilometer dari aras bumi (lebih tinggi daripada penerbangan jet udara).


Zarah-zarah bercas dari sinar matahari yang lebih dikenali dengan angin suria bergerak pantas ke atmosfera bumi. Ia bergerak dengan kelajuan supersonic dari 300 ke 1000 km sesaat. Ia juga dikenali sebagai plasma kawasan angkasa bumi yang dikelilingi medan magnet dikenali sebagai magnetosfera. Kawasan ini akan berinteraksi dengan angin suria yang dipenuhi oleh zarah-zarah bercas tersebut.


Walau bagaimanapun, sebahagian besar bumi dilindungi zarah-zarah ini oleh medan magnet bumi kecuali di kawasan kutub, zarah-zarah ini bergerak hingga ke ruang atmosferanya. Angin suria ini sangat berkaitan dengan aktiviti matahari yang mempunyai kitaran setiap 11tahun.


Kehadiran tompok matahari dan nyalaan suria dan gangguan lain di matahari akan mempengaruhi angin suria ini. Zarah-zarah dengan tenaga tinggi ini, iaitu dari 1 hingga 100 kilo electron volt termendak dilapisan E atmosfera dan menghentam gas-gas di situ dan berlakunya pengionan (pembebasan electron dari atom dan molekul gas).


Tenaga yang tinggi terhasil daripada pengionan ini akan mengeluarkan cahaya. Kejadian ini boleh diandaikan seperti alur electron dari hujung tiub televisyen yang menghentam fostor di belakang dan menghasilkan cahaya yang boleh kita lihat di kaca televisyen.

KENAPAKAH KITA HANYA BOLEH MELIHAT AURORA DI LATITUD TINGGI ATAU DI KAWASAN KUTUB?

Untuk memahami kejadian ini, kita perlu memahami kewujudan medan magnet bumi (di magnetosfera). Garis-garis medan mengelilingi bumi seperti kehadiran bar magnet dwi kutub di dalamnya. Garis medan ini keluar dari bumi di hemisfera selatan dan masuk ke bumi di hemisfera utara.

Zarah-zarah tersebut akan bergerak dan terperangkap di medan magnet bumi ini. Zarah-zarah ini akan mengalami satu daya yang dikenali sebagai daya Lorentz yang menyebabkannya berpiling disekeliling garis medan tersebut. Zarah-zarah bertenaga tinggi yang terperangkap di medan magnet ini akan mencorong ke bawah sama ada ke kutub selatan atau utara yang mana garis medan tersebut keluar dan masuk.


Oleh itu, kesan pengionan yang menghasilkan cahaya hanya boleh dilihat di kawasan latitude tinggi. Ia akan kelihatan seperti bentuk gegelang jika dilihat dari bahagian kutub yang dikenali sebagai auroral oval.

Aurora boleh dilihat dalam pelbagai warna seperti warna hijau, ungu dan merah kerana berasal dari atom dan molekul nitrogen dan oksigen di angkasa. Warna ini bergantung pada jenis atom dan molekul yang terlibat dalam proses pengionan tersebut