Tuesday, July 23, 2013

Rinduu...!!!

Rasa lega dalam hati kini telah kembali. Syukur apa yang dibayangkan tidak berlaku. Itu la akal bila lama kesunyian..dia akan mula berfikir yang bukan-bukan. Rasa lega bila dah dapat berbual dengan teman kesayangan…betul la kata dia. Saya rindu sangat,,sebab tu fikir macam-macam. Bila dengar cerita dia tentang perkembangan aktiviti dia di kampus..saya mula rindukan perjuangan untuk pelajar. Walaupun hanya sebentar menjadi pemimpin..tapi kenangan dan suasana waktu itu sangat istimewa kerana kita bekerja dan berjuangan untuk pelajar di jalan Allah..rindunya saya untuk kembali ke waktu itu. Sekarang semua itu sudah semakin jauh dari diri. Tidak pasti sama ada ia sudah terlambat atau mungkin ada lagi yang menanti di kemudian hari kelak. Ya Allah..Kau permudahkanlah urusan, perjuangan dan perjalanan kawan-kawanku yang berjuang untuk satu kebenaran dalam menegakkan agama-Mu ini..redhailah usaha mereka..amin ya rabalalaminn..


No comments:

Post a Comment