Tuesday, September 6, 2011

Bersua kembali..

Assalamualaikum.....SALAM LEBARAN buat semua yang berkunjung ke Teratak Bumi Aurora saya. lama jga rasa sya menyepi dari blog ini...rindu nk edit cite kat blog. sejak 2..3..4 menjak ni..sy kurang online sgt cos banyak malah teknikal yg xdpt d elakkan..antarnya..keja..malas..busy baca novel..n berokband digi bru g potong..slow sgt line dia kat kmpg. tapi semua 2 akan kmbli norma balik selepas ini insya Allah..sebut pasal novel..sy bru pas baca 3 novel bru..7 Hari Mencintaiku, Cinta Kontrak..n satu ag novel lupa plak tajuk dia..yg pasti semua novel nie amang TERBAIK!!! cite dia..tak rugi beli..skrg sy tgh buat model rumah. sja suka2..so..thu la bla nk siap coz bla free je buat. hop dpt siap sbelum dtg kesulitan lain kelak. sekian dulu wat masa nie...sekian..WASSALAM....

Monday, July 25, 2011

Hayat ini


Hayat ini...punya kisah suka dan duka
Hayat ini...punya senyum, tangis dan tawa
Hayat ini...punya cinta yang dirasa
Hayat ini...punya hati yang diluka dan terluka
Hayat ini...punya dosa yang terseksa
Hayat ini...punya jiwa yang meronta
Hayat ini...punya keinginan yang dicipta
Hayat ini...punya masa yang dipinta
Pinta hati pada jiwa...
Pinta jiwa yang sengsara...
Inginkan redha Tuhan yang esa...
Membuka jalan taubat hamba...
Merintis doa pengubat jiwa...
Kasih ILAHI...ingin dirasa...
Agar hidup bahagia dalam redhaNya....

Lembah aurora,
19/07/2011 (11.50 pagi)

Monday, July 18, 2011

Masak Tempoyak Patin Sg Muda


 Ikan Patin Sungai Muda

 Ikan patin nie abang Rie dapat semasa tahan pukat di sungai. Nie patin sungai MUDA..buban sungai PAHANG...lebih kurang dalam 7-8 kg besar nie. hari jumaat lepas dapat. dia dapat 2 ekor, pagi sekor nk petang sekor. nie yang yg ptang punya. besar ckit dari yang pagi. nie saya ukur dengan anak saudara yg umurny around 5 thn. ikan nie semuanya dia jual kat orang kmpung coz dalam famly xda yang minat sangat ikan nie..rugi2..untung abang..tpi sy try la amek ckit..nk try msak...huhuhuuu

Masak Tempoyak Ikan Patin

Okay....nie la hasil ikan patin yang sy ameh ckit untuk try wat masak tempoyak ikan patin...hehehe..ada rupa x..amek respi orang pahang nie..dari mak jang temerloh..rasa2 mcm ok je..lebih kurang mcm org pahang wat gak la...kira jadi la ye..boleh la lau nk cri org pahang pas nie..hihihi...melalut jap..tempoyak nie buat sendri..durian pokok kat umah da lebih ckit...mak pun rajin nk wat tempoyak coz ingat kat anak dia yg kat pahang 2 la..kpd abg Lan..nie masak adikmu yg asli tau..ikan freas ag..segar dari sungai..TERBAEKKK....;)

Tuesday, July 5, 2011

Punya Rasa Pada Saat dan Ketika

     Salah ke kalau kita impikan dan inginkan sesuatu yang baik..indah..dalam hidup kita. setiap orang pasti inginkan yang terbaik dalam hidupnya. tsk kira la dari segi pelajaran, kebendaan, pekerjaan dan kekeluargaan. pasti kalau boleh ianya yang terbaik. tapi..bukan semua manusia dapat menikmati semua itu kalau tanpa usaha. pasti kita akan usahanya sebab kita inginkannya..betul tak? kalau kita wat baik,,jadi baik ada juga yang akan pikir kita terlalu baik dan inginkan yg terbaik saja dalam semua hal. sampaikan ada yang takut mendekati kerana takut tak mampu penuhi dengan baik. rasa tak semua orang yang fanatik dgn keinginan yang baik2 semua hal. ya, mungkin ada tapi jangan kita terlalu menghukum hanya kerana kita rasa dia terlalu inginkan yg sempurna..pasti dia ni tak layan orang yang biasa2. bukan semua macam tu. keinginan yang baik itu perlu kerana ia sebahagia dari hidup kita. tapi, kita harus melihat dari aspek diri sendiri juga. siapa kita yang terlalu inginkan yg terbaik je..? apa tahap kita, pangkat kita yang nak memilih sangat..? sempurna ke kitavdan terbaik ke kita untuk memiliki yang terbaik itu?

    Dalam jodoh misalnya, pasti kita inginkan jodoh yang baik untuk kita. kalau perempuan pasti inginkan lelaki yang baik, penyayang, b'tanggungjawab untuk menjaganya. bergitu juga dengan lelaki, pasti inginkan wanita yang baik, sopan santun..beradap untk menjadi isterinya. keinginan setiap orang pasti ada untuk semua itu..tapi kita juga harus berfikir dengan sewaras-warasnya..sebijak-bijaknya..sebaik-baiknya.. Ya, dalam islam sendri ada menyebut "lelaki yang baik, untuk wanita yang baik" tapi jangan la kita berfikir..jika kita mendapat jodoh yang teruk atau tak baik..itu tidak semestinya kita orang yang teruk dan tak baik. mancapada kini, semua aspek itu harus dilihat dari sudut yang positif. setiap manusia dilahirkan dengan takdir yang  telah DIA tetapkan sejak azali. itu la qadak dan qadar kita. mungkin jika kita fikir kita seorang yang baik dan tiba-tiba kita mendapat jodoh yang kurang baik. kita harus berfikir sejenak, mungkinkah ini tugas kita yang DIA tetapkan..mendidik dan membimbing pasangan kita akan menjadi baik..di samping mendidik diri sendiri menerima keburukan untuk kebaikan..bukan semua yang baik itu indah dan manis..dan bukan semua yang teruk itu buruk dan suram..saya juga ingin mengingati diri sendiri..ya..memang sebolehnya saya inginkan yang terbaik untuk hidup saya..tapi tidak lah memilih terbaik semuanya.. "Kita insan biasa..punya keinginan rasa tapi harus berpijak pada bumi yang nyata..tidak semua keinginan menjadi nyata..terima suratan seadanya..kerana kita insan yang serupa...disisi-Nya yang esa..."

Tak tahu..

tak ada benda nk di luahkan bila berhadapan. tak ada pekara nk dibangkitkan bila berdekatan..tak ada wajah yang nk dipamerkan di bersemuka..tiapa ada rsa yg nk disampaikan bila kelihatan atau pun dalam bayangan

Thursday, June 30, 2011

Kek coklat tanpa kolestrol


Kek coklat tuk tahun nie. selalu tak da masa nk buat. asyik duk belajar jarang ada kat umah. so kemarin lepas jga hajat nk buat kek coklat...kali nie buat kek gna minyak 1 cwan..dgn minyak 1 cwn rsa mcm tinggi je kolestrol..tpi sy gna minyak xpa kolestrol..so selamat la ckit..kalau nk pkirkan kandung gula n lemak..amang xmkan la nanti..so kita lupakn jap hal2 2 semua..NIKMATI HIDANG SEADANYA...;)

Wednesday, June 15, 2011

Seperti apa...

kenapa harus di merumitkan cerita hidup pada waktu2 ini (remaja) atau sememangnya pada peringkat ini kehidupan akan menjadi smakin rumit. warna-warni cerita kehidupan sering mengunjungi kita sekian waktu, dan pintu hati serta fikiran akan terbuka menerimanya. menjadi tanggungjawap keatasnya bila kita membuat keputusan menerimanya. tapi...persoalannya, cerita yg bagaimana kita terima dan persediaan apa yg kita siapkan untuk hadapinya...? minda pada tahap mana yg perlu kita sediakan untuk hadapi setiap masalah ini..msalah yg sering dan sinonim dengan hidup remaja. (cinta, cita2, persahabatan, keseronokkan)....fasa remaja..merupakan fasa atau tahap yg paling genting dalam menentukan halatuju di hadapan...seumpama kita sedang memandu atau mengemudi layar..harus penuh berhati2 agar sampai di destinasi dengan sempurnanya...tpi..mana mungkin jalan semua lurus dan elok..di daratan mahupun di lautan. semuanya ada risikonya..risiko ini yg menjadi tunjang untuk nakhoda atau pemandunya merancang dan mempersiapkan diri untuk menghadapinya. begitu juga dalam kehidupan remaja menghadapi cinta, cita-cita, persahabat dan keseronokan..pastinya kita mempunyai target yg sama iaitu kecemerlangan yg nyata dan hakiki. tapi bukan semudah itu menggapainya..bkan hanya bicara dari mulut..keinginnan dari hati..tapi juga perbutan dari diri...

sambung selepas ini..