Monday, August 1, 2016

Diari Masaku...

Keiman Yang Sedikit

Bismillahirrahmannirrahim…


Manusia itu sering sahaja banyak alasan. Alasan yang membolehkan dia lepas dari perasaan besalah, takut atau mahupun tanggungjawab. Tanggungjawab yang utama seorang hamba pada penciptanya. Diberi sedikit keimanan lebih baik dari tiada keimanan. Keimanan yang sedikit itulah penyelamat dari kelencongan pada jalan yang melalaikan. Keimanan yang sedikit itulah memberi rasa ketakutan, ketakutan atas kelalaian kita. Dari situ kita memulakan semula paksi kehidupan manusia pada tuannya iaitu Allah s.w.t. Besarnya rahmatNya keatas hampa yang kedil ini. Bersyukur keatasNya diberi kesedaran dari kelalaian. Hati dan mulut ini mula mencari keserasian pada jalan dulu yang penuh ketenangan. Keimanan yang sedikit telah memberi amaran, dirimu telah leka dengan keasyikkan. Namun ego dan nasuf cuba menafikan…menyangkan diri ini masih lagi dalam kawalan. Penafian kesalah yang sangat merugikan. Tapi Dia….Dia sangat penyayang lagi mengasihani hambaNya. Memberi kesedaran sebelum jauh dari kelencongan. Pabila hati tersedar, sayu merintih keisafan..mulut menyanyi keampunan..ketakutan…ketakutan jika diri jauh dari tuhan. Melihat qalam tuhan dihadapan..tangan terasa menggigil kesedihan..betapa engkau telah lama aku tinggalkan. Sebulan yang penuh kelekaan. Bibir ini mula mencari permulaan..nada..irama yang dulu sering dilagukan. Ya Allah..sukarnya bibir ini..retak iramaMu masih dalam kekeliruan. Keimanan yang sedikit itulah telah menyelamat dari diri terus hanyut ketinggalan. Kini, ada misi baru yang harus dituju. Mecari semula irama qalam suci itu. Alhamdulillah… keimanan yang sedikit itulah keajaiban yang terindah. Sesungguhnya…Dia Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.. Alhamdulillah Ya Allah…Alhamdulillah…