Hari ni masuk 10 januari 2014..jadi semalam la saya sangat rindu dan ingatkan mak dan kampung. Saya beli kacang kuda semalam, yang tak rebus lagi. kalau di kampung, mak selalu beli simpan kacang kuda, pastu rebus makan sama-sama. Saya sangat rindukan rumah..rindu yang sangat pada mak. Kerinduan itu terbawa-bawa sehingga saya teringat akan pesanan mak.."kalau boleh, sebelum tdoq takpun lepas sembahyang isyak..terus buat sembahyang witir. sat ja tu.pastu tidoq la kalau nak tdoq ka." saya tak tahu berkali je saya baut solat witir kat kolej ni. klau kat rumah, ada mak yang ingatkan. Saya sangat rindukan mak dan ayah. akhirnya saya buat solat witir hari ni jam 12.45 pagi..selepas saya solat isyak. Saya sangat rindukan keluarga saya..sehingga saya sangat takut. seringkali ketakutan menghantui diri ini...ketakutan pada derita mak dan ayah. bagaimanakan mereka selepas kehidupan di dunia. adakah mereka akan disiksa disebabkan salah anak-anak di dunia. Ya Allah...sungguh pun aku bukan hampaMu yang sempurna imannya..sungguh pun aku bukan anak yang suci dari dosa dunia..jangan lah Engkau limpahkan siksaan pada orang tuaku atas segala dosa aku dan ahli keluargaku yang lain. Sesungguhnya mereka tidak mengajar kami melakukan dosa seperti itu..melainkan diri kami yang memilihnya. Ya Allah..andai Engkau mendengar rintihan seorang anak yang lemah ini..aku mohon pada-Mu segala kebaikkan untuk orang tuaku dunia dan akhiran. sesungguhnya aku sangat mensyukuri atas segala kuniaan-Mu dari aku mula benafas dalam rahim ibuku sehingga kini dan akhirnya. Tiada sekumit rasa kehampaan padaMu andainya Engkau duga hidupku dengan kegaglan mahu pun ujian kehidupan. Aku sangat menyayangi keluargaku dan ibubapa ku..sayu hatiku..ketakutan yang menghantui..andai dapat ku sampaikan dan ku kongsikan perasaan ini dengan kakak dan abang...aku sanggup merayu..hatta melutut sekalipun pada mereka..janganlah kita membalas kasih sayang mak dan ayah dengan dosa dunia. keresahan mereka, kerisauan mereka, kesedihan mereka...sentiasa ada pada anak-anaknya mestipun ada diantaranya bukan lagi tanggungjawab mereka. bukan harta yang mereka inginkan..tetapi..senyuman kesyukuran "anakku punya keimanan..menjaga hatiku tanpa kerisauan..meringankan bebanku tanpa tanggungan dosa kelekaan hiburan keduniaan. Anakku..itu satu kilauan..anugerah tuhan yang memberi sinaran padaku menuju syurga rahmat Tuhan." andai bisa mereka mendengar..ini saja yang aku inginkan..kita bersama melakar impian, menjadi anak yang memberi kesyukuran. Ya Allah...sesungguhnya aku bersyukuran kurniaanMu..Ya Allah..kekalkan hidupku di dunia dan akhiran pada jalan-Mu, agama-Mu..dan rahmat-Mu..syafaatkan diri umat mu ini Ya Rasulallah..sesungguhnya hidup dan mati hanya kerana Allah SWT. aminn...
No comments:
Post a Comment