Assalamualaikum wbt.
Saya masih sedang membaca buku UNTUK KITA PENDOSA yang
ditulis oleh saudara Hilal Asyraf. Apa yang boleh saya kata mengenai buku ini
pada permulaannya, ia sangat membuka minda dan hati untuk kita menyelami dan
mengenali akan diri kita yang kadang kala suka terleka.
Bergitu kita sebagai hamba-Nya yang sering kali tidak lepas
dari melakukan dosa. Tetapi, berapa ramai yang sedar akan hal itu? Pada diri
yang sedar akan dosa yang dilakukan…bagaimana mana permulaan untuk kita
menyucikan dosa yang telah kita lakukan. Pastinya dalam hati setiap insan itu
punya keinginan untuk berubah, tetapi mereka masih terperangkap dalam penjara
nafsu yang dicipta sendiri. Keinginan tanpa usaha mencapainya, tidak akan
mengubah apa-apa. Keinginan tanpa sokongan juga tidak akan menggerakkan hati
itu segera.
Dosa itu di ibaratkan seperti virus yang mudah merebak jika
tidak dirawat. Virus yang merebak itu adalah bitik hitam yang terbentuk dalam
hati kita. Rasulullah s.a.w pernah menyatakan yang bermaksud, “ Sesungguhnya
orang Mukmin apabila melakukan sesuatu dosa, terbentuklah bintik hitam pada
hatinya. Apabila dia bertaubat lalu berhenti melakukan dosa dan beristighfar,
dia bersih daripada bintik hitam itu. Apabila dia melakukan dosa, semakin
bertambah bintik hitam itu pada hatinya sehingga tertutup seluruh hatinya”. Itu
lah karat yang kita ciptakan pada hati
Hayat ini telah ditetapkan dua pilihan, hidup dan mati,
bahagia dan duka, baik dan buruk, halal dan haram,pahala dan dosa,,,dan pilihan
itu semua hanya ada dua...MAHU atau TIDAK..
Memilih mahu, bererti kita memilih jalan yang sukar..sukar
sementara..untuk kemudahan yang berpanjangan..
Tiada pertengahan dan
sempadan antara dua kerana ia adalah SYUBHAH pada-Nya..
" Setiap raja ada sempadan dan sempadan Allah itu
adalah perkara-perkara yang diharamkan-Nya."
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim