Sunday, December 18, 2011

Muhasabah- Masa Silam Yang Kelam


     Bumi mana tidak ditimpa hujan. Manusia mana yang tidak pernah berdosa. Tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam, kita masih ada masa untuk jadikan hari ini dan masa depan lebih putih berseri tanpa noda dosa.
     Jika semala diari harian dan bulanan terpalit warna hitam maksiat, pastikan hari ini bangkit bertahajud merintih memohon keampunan daripada Ilahi. Jika dulu bergelumbang dengan dosa terasa manis dan bahagia, berpatah baliklah. Jadikan dosa kini terasa pahit dan punca sengsara. Jika zaman jahiliah akal terasa kosong daripada ilmu dan panduan untuk membezakan antara baik dan salah, binalah langkah hari ini untuk lebih dekat dengan risalah wahyu iaitu al-Quran dan hadis.
     Moga warna hitam yang kita corakkan dulu kini mampu kita lunturkan dan padamkan secara bertahap. Biar merangkak, biar bertatih asalkan jalan menuju Ilahi sentiasa maju kehadapan. Moga dengan itu kita menjadi insan terpilih untuk bahagia menikmati anugerah syurga abadi

(petikan dari majalah SOLUSI- Ustaz Mohammad Nidzam Abd. Kadir)

Wednesday, December 14, 2011

Dia & Masalah..

Sememangnya banyak  cara yang lebih baik untuk menangani semua masalah termasuk la yang berkaitan dengan emosi, hati dan perasaan. Paling kerap pada usia remaja ini ramai yang mengalami masalah dan selalunya ia berkaitan hati dan perasaan. Tanpa kita sedari..kadang-kadang kita terlalu banyak membuang masa dalam memikir dan mencari jalan untuk selesaikan masalah sendri mahupun masalah orang lain. Kadang-kadang, apabila terlalu banyak sangat memikir ia mendorong kepada kepenatan untuk otak berfikir..dan ini akan mempengaruhi setiap keputusan yang akan kita buat selepasnya. Bagi sesetengah orang, dia berasa dianya mampu untuk menghadpi dan menyelesaikan masalahnya sendiri. Ya, sememangnya terdapat golongan sebegini tapi kebanyakkannya akan menghadapi kebuntuan dipertengah jalan. Masalah sememangnya boleh diselesaikan namun harus kena dengan caranya. Bagi kebanyakan golongan remaja, mereka lebih terdorong mengikut kata hati dan perasaan pada ketika tertentu. Pada tahap ini...emosi remaja selalunya cepat mencapai tahap-tahap yang kadangkala melebihi yang sepatutnya. Apa yang sepatutnya. Saya sendiri masih mencari jawapan itu. Pada pandang peribadi, saya rasakan cara yang selalu berlaku apabila seseorang yang menghadapi masalah yang berkaitan emosi, hati dan perasaan, mereka pada mulanya akan berfikir penyelesaiannya. Ada kalanya masa yang diambil panjang, ada kalanya pendek. Bagi seseorang yang mempunyai ketahanan metal yang kuat dan bebekalkan keiman..selalunya ia bisa menghadapi. Tapi rata-rata remaja kini kurang ketahan dari sudu metal dan juga keimanan. Memikir sendirian masalah bukan tidak boleh mencari penyelesaiannya tapi ia akan memberi sedikit tekanan kerana kita berfikir sendirian. Bersambung.....

Wednesday, December 7, 2011

hemmm...???

Apa lagi yang tak kena,..apa lagi yang kena buat,..sampai bila…??? Saya piker, saya pun tahu apa yang piker..rasa macam nak stop kejap waktu kat cni..tggu sampai betul2 boleh pkir..baru on balik..haahahhahaaaa..teruknya macam nie…….:( kalau kita teruk..ada lagi yang teruk dari kita..ye saya tahu tu..tapi why..why..why..??? kalau semua kurang..apa yang lebih..? what I want to be..??
That way…or this way…….???

Tuesday, December 6, 2011

Kepastian penantian..


Saat mentari ingin melabuhkan tirainya..
Unggas-unggas terbang  pulang kesarangan..
Malam mula perciapkan diri…menanti waktu gilirangnya….
Saat ini, ingin sekali aku melihatnya…
Putara yang kian berganti..membuat keinginan kian meninggi..
Ku tahu bahasa hati ini..ku pasti akan rasa ini….
Dimana silapnya lagi..dimana lemahnya kuberdiri..
Mencari kepastian ingin dimiliki..menanti jawapan tersembunyi..
Jelaskanlah wahai mentari…bila waktunya  hari itu kan kau beri..
Saat damai betandang dihati..jiwa tenang kurasai….
Engkau mahu kumenanti…
Kala ini…jangan kelak kau khianati…
Damai ini…jangan pulak kau kucari…
Hati ini…tolonglah kau fahami……             

                                                                                                     26/11/2011- 6.20 petang /KSR H220